Pelatihan Penyembuhan Prana

 

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.








Penyakit Kelamin
Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong
 
 


(Tidak sesuai untuk dibaca oleh mereka yang berusia bawah
dari 15 tahun.  Baca atas tanggungan sendiri. )
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mengandungi gambar-gambar yang mengejutkan. Sila keluar dari laman ini jika anda berusia kurang dari 15 tahun, atau tidak selesa dengan perbincangan secara berterangan.























Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.







Penyakit Kelamin

Penyakit kelamin merujuk kepada sebarang penyakit yang boleh tersebar melalui hubungan kelamin atau seks. Penyakit kelamin ini boleh disebabkan oleh virus, kuman, bakteria, ataupun kulat.

Diantara penyakit kelamin yang biasa di dapati adalah :-

  1. AIDs
  2. Chancroid
  3. Gonorrhoea
  4. Granuloma
  5. Hepatitis A
  6. Hepatitis B
  7. Herpes
  8. Jangkitan Saluran Kencing (Urinary Tract Infection)
  9. Jangkitan Yis (Kulat)
  10. Ketuat kelamin (Genital Warts - Condyloma Acuminata)
  11. Kutu ari-ari (Pubic Lice)
  12. Lymphogranuloma
  13. Molluscum
  14. Radang Pelvik
  15. Scabies
  16. Siflis
  17. Trichomoniasis
  18. Vaginitis
  19. Bakteria Vaginosis
Walaupun pada masa sekarang, terdapat banyak rawatan yang boleh digunakan untuk merawat penyakit kelamin, kebanyakan penyakit kelamin tidak dapat sembuh secara 100%. Gejala penyakit kelamin akan kembali berulang dan pengidap penyakit kelamin perlu mendapatkan rawatan seberapa segera dan seberapa kerap yang perlu. Sekiranya pengidap penyakit kelamin ini tidak mendapatkan rawatan atau lewat mendapatkan rawatan kerana perasaan malu atau jahil, ia akan membawa akibat yang sangat buruk.

Penyakit Siflis yang lewat dirawat.Gambar Ketuat Kelamin yang lewat dirawat.

Sesetengah penyakit kelamin seperti AIDs tidak boleh diubati langsung dan hanya boleh diperlahankan tetapi dengan kos yang teramat mahal. Walaupun menerima rawatan, pesakit AIDs terpaksa bergantung hidup dengan memakan pelbagai jenis ubat-ubatan saban hari, dan biasanya masih akan berakhir dengan kematian disebabkan virus dalam tubuh mulai menjadi kebal dengan ubat yang dimakan bertahun-tahun lamanya itu.

Penyakit kelamin lebih sering tersebar dikalangan remaja. Ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti :-

  1. Kurang pengetahuan mengenai penyakit kelamin. Tidak tahu cara ia merebak.
  2. Salah faham terhadap penyakit kelamin. Contoh :- penyakit kelamin tidak menular dikalangan orang muda. (Ini adalah salah. Kebanyakan penyakit kelamin merebak dikalangan remaja dan awal dewasa.)
  3. Tekanan pasangan untuk tidak menggunakan kondom.
  4. Kesukaran mendapatkan bekalan kondom. Ketiadaan kondom tidak mampu menghalang berlakunya hubungan seks, malah menambah risiko penyebaran penyakit kelamin dan risiko kehamilan.
  5. Fikiran cetek - "Ia tidak mungkin berlaku pada saya. / Saya hanya melakukannya dengan pasangan yang rapat"
  6. Tidak tahu kesan buruk jangka panjang. "Saya kenal orang yang mengidap penyakit kelamin tetapi masih dapat hidup seperti biasa...."


Kebanyakan penyakit kelamin boleh dilindungi dengan beberapa cara termasuk :-

  1. Mengelak dari melakukan hubungan kelamin (bagi yang belum berkahwin)
  2. Mengamalkan hubungan yang sihat antara pasangan yang berkahwin.
  3. Menjauhi daripada melakukan hubungan rambang.
  4. Mengamalkan cara yang selamat ketika melakukan hubungan kelamin seperti menggunakan kondom dengan betul.


Rujukan:-
http://www.herpes-coldsores.com/std/aids.htm
http://www.herpes-coldsores.com/std/herpes.htm
http://www.herpes-coldsores.com/std/scabies.htm
http://www.herpes-coldsores.com/std/syphilis.htm
http://www.herpes-coldsores.com/std/hepatitis.htm
http://www.herpes-coldsores.com/std/gonorrhea.htm


 
 
Pengumuman: Saya ingin menjemput anda menambah pengetahuan dalam bahasa Melayu dengan melayari dan menyumbang bahan di :- http://ms.wikipedia.org/wiki/Main_Page

 Pelatihan Penyembuhan Prana

Maklumat yang diberikan ini hanyalah untuk makluman sahaja. Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenal-pasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian.
 
 
 

  Fight Spam! Click Here!
FightSpam!Click!

 

 

1