Pelatihan Penyembuhan Prana

 

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.










Dyslexia
Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong

    Dyslexia terdiri daripada dua perkataan Yunani iaitu "DYN" susah, dan "LEXIA" tulisan. Dyslexia bukannya satu penyakit. Dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal. Mereka yang mempunyai keadaan Dyslexia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada mereka yang terkenal juga mempunyai Dyslexia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan Dyslexia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap pengidap masalah Dyslexia mempunyai masalah yang berbeza daripada pengidap masalah Dyslexia yang lain.
     
    Peta Persatuan Dyslexia
    Pengidap masalah Dyslexia telahpun direkodkan dalam penulisan perubatan seratus tahun yang lalu. Pada masa itu para doktor hanya boleh meneka sebab Dyslexia. Pada masa sekarang, kita tahu bahawa kebanyakan pengidap masalah Dyslexia disebabkan oleh cara penafsiran bunyi oleh otak mereka yang mempunyai Dyslexia. Mereka dapat mendengar dengan jelas tetapi menghadapi kesukaran untuk menafsir bunyi tersebut.

    Walaubagaimanapun, kita masih tidak jelas bagaimana keadaan ini terjadi, tetapi ia dipercayai disebabkan oleh banyak faktor. Bagaimanapun, dengan pendidikan awal yang berkesan, kanak-kanak yang mempunyai keadaan Dyslexia dapat belajar membaca, menulis dan berinteraksi dengan kanak-kanak seperti biasa. Kanak-kanak Dyslexia biasanya dapat belajar dengan lebih berkesan dalam kumpulan kecil 3 - 4 orang. Di Malaysia terdapat persatuan Dyslexia yang memberikan bimbingan awal kepada kanak-kanak Dyslexia dan ibubapa mereka.

    Pusat kegiatan Dyslexia dibuka untuk lawatan pada pukul 1.00 tengahari sehingga 5.00 petang setiap hari Isnin, Selasa, Khamis, dan Jumaat. Pada hari Sabtu, Pusat kegiatan Dyslexia dibuka pada pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Selain itu mereka yang berminat untuk menyertai Persatuan Dyslexia Malaysia bolehlah berhubung dengan mereka di alamat berikut :-
     

    Persatuan Dyslexia Malaysia
    No 6, Persiaran Kuantan
    Setapak
    53200 Kuala Lumpur
    Telefon - (03-40255109)

     

 Pelatihan Penyembuhan Prana

Maklumat yang diberikan ini hanyalah untuk makluman sahaja. Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenal-pasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian.
 


Pengumuman: Saya ingin menjemput anda menambah pengetahuan dalam bahasa Melayu dengan melayari dan menyumbang bahan di :- http://ms.wikipedia.org/wiki/Main_Page

  Fight Spam! Click Here!
apsdpelzsfstppq

 

 

1