Pelatihan Penyembuhan Prana

 


     
    1. Berdengkur, tanda penyakit Apnea Tidur
    Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong
     
      1. Berdengkur, tanda mengidap Apnea Tidur.
      2. Tanda-tanda Awal Apnea Tidur
      3. Jenis-jenis Apnea
      4. Kesan Apnea
      5. Rawatan Apnea
      6. Rawatan-rawatan lain untuk Apnea
      7. Penyakit Apnea dikalangan bayi


    Berdengkur dengan kuat mungkin satu petanda bahawa terdapat masalah pernafasan ketika tidur. Berdengkur menunjukkan bahawa saluran udara tidak terbuka dengan sempurna, dan bunyi dengkuran adalah akibat cubaan memaksa udara mengalir melalui aluran yang sempit. Dianggarkan 10% sehingga 30% orang dewasa tidur berdengkur, dan kebanyakan mereka tidak mempunyai masalah perubatan yang serius, sekadar tahap serdahana. Dianggarkan lima dari setiap seratus orang yang berdengkur, biasanya lebih berat badan, berusia separuh abad, berdengkur dengan amat kuat. Ini adalah tanda-tanda awal masalah yang boleh mengancam nyawa: Apnea tidur tersumbat.

    Gambar Anderson Mask untuk pesakit Apnea

    Apnea merupakan dari perkataan Yunani yang membawa maksud "tanpa nafas" Mereka yang mengidap Apnea tidur tidak bernafas dengan sempurna ketika tidur dan akibatnya tidak mendapat oksigen yang secukupnya. Otak akan mengejutkan penghidap Apnea seketika agar terus bernafas untuk mendapatkan oksigen yang secukupnya, tetapi kesan sampingannya adalah tidur yang terganggu dan tidak berkualiti.

    Sebab Apnea tidur adalah otot yang kendur ketika tidur termasuk otot yang yang bertanggung jawab untuk membuka salur pernafasan. Dalam kebanyakan orang, proses ini tidak mendatangkan masalah. Bagaimanapun, bagi sesetengah orang, otot kerongkong kendur melampau menyebabkan masalah pernafasan dan menyebabkan tidur sebagai aktiviti berisiko.

    Apnea tidur menyumbang kepada perasaan mengantuk yang amat sangat pada siang hari, dan mampu menyebabkan tekanan darah tinggi, sakit jantung, dan strok. Berdengkur setiap malam walau apapun kedudukan sedang tidur, memerlukan pemeriksaan doktor yang boleh mencadangkan rawatan yang bersesuaian. Rawatan yang betul boleh menghalang dan memperbaik (reverse) kesan Apnea tidur yang berpotensi untuk mengancam nyawa.

    Tanda-tanda Awal Apnea Tidur

    Rujukan :-

    http://www.sleepscene.com/cpap.htm
    http://www.sleepscene.com/apnea.htm
    http://www.sleepnyp.com/slpd0001.html
    http://www.sleepapnea.org/geninfo.html#defined
    http://www.canpap.org/index.html (Continuous Positive Airway Pressure)
    Maklumat daripada pamplet maklumat pesakit ASDA.
     
     
     

    Pengumuman: Saya ingin menjemput anda menambah pengetahuan dalam bahasa Melayu dengan melayari dan menyumbang bahan di :- http://ms.wikipedia.org/wiki/Main_Page

 Pelatihan Penyembuhan Prana

Maklumat yang diberikan ini hanyalah untuk makluman sahaja. Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenal-pasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian.

  Fight Spam! Click Here!
adxdwzlbvturfbtdxgxbduvdslwxtjupzk

 

 

1