Pelatihan Penyembuhan Prana

 

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
    Pembedahan Caesarean (Kelahiran)
    Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong
     

    Pembedahan caesarean merupakan pembedahan yang dilakukan untuk membantu proses kelahiran bayi. Pembedahan caesarean biasanya dilakukan disebabkan beberapa faktor. Antara faktor-faktor tersebut adalah :-
     

    1. Punggung ibu terlalu sempit.
    2. Penyakit yang dihadapi oleh ibu seperti darah tinggi, atau sakit jantung. Penyakit ini meningkatkan lagi risiko ibu sekiranya melahirkan anak secara normal.
    3. Uri bayi tersangkut dibahagian bawah bayi yang menghalang bayi dari keluar.
    4. Bayi lemas di dalam rahim.
    5. Proses kelahiran yang berpanjangan menyebabkan bayi menghadapi risiko lemas disebabkan ibu terlalu letih untuk meneran bayi keluar melalui proses kelahiran biasa.
    6. Usia ibu yang agak lanjut.
    7. Ibu memilih untuk melahirkan secara pembedahan caesarean walaupun mampu melahirkan anak secara biasa.


    Secara kasarnya pembedahan caesarean merupakan pembedahan dibahagian perut (abdoment) untuk melahirkan anak. Pembedahan caesarean boleh dilakukan melalui proses tidak sedar (general anestatic) ataupun separuh sedar (local anestatic). Sebagai persiapan untuk pembedahan caesarean, segala bulu roma badan akan dicukur dan tiub akan dipasang pada salur kencing.

    Untuk pembedahan separuh sedar ubat epidural akan dimasukkan dibahagian bawah badan untuk mengebaskan bahagian bawah badan. Ibu akan separuh sedar sepanjang proses pembedahan caesarean dan mampu memangku bayi apabila bayi dikeluarkan. Bagi ibu yang menerima epidural, tabir akan dipasang antara doktor dan ibu.

    Belahan biasanya dibuat secara mendatar dan pakar bedah akan mengalirkan cecair amonia keluar. Bayi akan dikeluarkan, kadang-kala secara forseps. Ibu boleh mendukungnya ketika uri (plasenta) dikeluarkan. Pembedahan biasanya memakan masa selama 5 minit, sementara 20 minit diperlukan untuk menjahit bekas pembedahan.

    Para ibu digalakkan untuk berjalan selepas pembedahan. Sebelum berjalan, ibu perlu berdiri tegak dan kemudian menelekup dengan tangan pada bahagian jahitan agar tidak bergegar. Selepas dua hari pembedahan, ibu boleh menjalankan senaman ringan. Jahitan boleh dibuka selepas lima hari pembedahan kecuali sekiranya menggunakan benang boleh larut.

    Secara traditional, pengambilan ubat atau makanan yang mampu menyembuhkan luka-luka seperti air gamat, ikan haruan dan lain-lain adalah digalakkan. Walaupun tiada bukti saintifik yang membuktikan perkara tersebut, tiada juga bukti yang menunjukkan pengambilan bahan tersebut memudaratkan siibu. Malah rawatan traditional ini telah diamalkan turun temurun oleh beribu-ribu orang tanpa apa-apa kesan yang memudaratkan.

    Pembedahan caesarean amat selamat dan biasa dilakukan. Bagaimanapun pembedahan caesarean juga mempunyai risikonya tersendiri seperti ubat bius berlebihan yang boleh menyebabkan kematian. Selain itu kos pembedahan, terutama di hospital swasta adalah tinggi. Bagaimanapun risiko yang dihadapi adalah amat kecil dan minima.

    Mereka yang akan menjadi ibu adalah digalakkan menjalani pemeriksaan bulanan yang akan memudahkan doktor menentukan cara kelahiran yang terbaik bagi bayi dan siibu. Selamat menyambut orang baru dalam kehidupan anda.

    http://www.sibernita.com.my/kelahiran.html

 Pelatihan Penyembuhan Prana

 
 
Pengumuman: Saya ingin menjemput anda menambah pengetahuan dalam bahasa Melayu dengan melayari dan menyumbang bahan di :- http://ms.wikipedia.org/wiki/Main_Page

Maklumat yang diberikan ini hanyalah untuk makluman sahaja. Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenal-pasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian.
 
 

  Fight Spam! Click Here!
dbntgpwypkpsujinfau


 

 

1