Pelatihan Penyembuhan Prana

 

 

Sindrom Kaki Resah (Restless Leg Syndrome (RLS))
Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong

Sindrom Kaki Resah boleh berlaku dikalangan mereka yang dianggap normal. Mereka yang mempunyai Sindrom Kaki Resah tidak mampu duduk diam untuk tempoh yang lama kerana mereka merasa perlu untuk menggaru atau menggerakkan kaki mereka. Gangguan Sindrom Kaki Resah boleh dirasai berlaku pada anggota kaki dan juga anggota tangan. Mereka yang mengidap gangguan Sindrom Kaki Resah seringkali turut mengidap Masalah Pergerakan Anggota Berkala. Gangguan Sindrom Kaki Resah akan mengganggu pengidapnya menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk tidur.

Tanda-tanda Sindrom Kaki Resah (Restless Leg Syndrome (RLS))

Simptom yang biasa dirasa adalah rasa "merayap" pada bahagian kaki apabila sedang terbaring kaku, terutamanya pada bahagian waktu hendak tidur. Perasaan "merayap" ini adalah berbeza dengan rasa semut-semut atau kekejangan. Gangguan Sindrom Kaki Resah lenyap sementara dengan menggaru, atau menggerakkan kaki.

Keperluan menggaru dan menggerakkan anggota kaki boleh mengganggu mereka yang mengidap Sindrom Kaki Resah daripada tidur nyenyak. Mereka juga menghadapi masalah untuk duduk diam untuk masa yang lama ditempat-tempat seperti dalam kereta, kapalterbang, bas, menonton wayang dan lain-lain.

Siapa yang mengalami Sindrom Kaki Resah (Restless Leg Syndrome (RLS))

Dianggarkan lima hingga sepuluh peratus mengalami "Sindrom Kaki Resah" pada satu ketika sepanjang hidup mereka. Sindrom Kaki Resah adalah lebih kerap pada orang berumur tetapi juga didapati pada setiap peringkat umur bagi kedua-dua jantina. Sindrom Kaki Resah muncul dan menghilang tanpa sebab-sebab yang jelas, bagaimanapun kadang-kala Sindrom Kaki Resah berkait dengan mereka yang mengandung.

Punca Sindrom Kaki Resah (Restless Leg Syndrome (RLS))

30% daripada pengidap Sindrom Kaki Resah mewarisi keadaan itu. 70% yang lain tidak diketahui puncanya. Bagaimanapun, beberapa keadaan didapati mampu mencetuskan Sindrom Kaki Resah seperti  :-

  • aliran darah lemah pada kaki,
  • kekurangan zat besi (kurang darah) "Anemia",
  • masalah saraf,
  • masalah buah pinggang,
  • masalah otot/urat, pemabuk,
  • kekurangan vitamin atau bahan galian.
Sebab-sebab lain yang mencetuskan Sindrom Kaki Resah termasuk :-
  • kafin (caffeine),
  • merokok,
  • keletihan,
  • berhenti atau mula makan ubat tertentu,
  • suhu panas atau sejuk melampau.
Rujukan

http://www.vcu.edu/sleepwell/disorders.html
http://www.prohealthnetwork.com/library/showarticle.cfm/ID/428/e/1/T/Health/



 Pelatihan Penyembuhan Prana

Maklumat yang diberikan ini hanyalah untuk makluman sahaja. Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenal-pasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian.
 
 
 
Pengumuman: Saya ingin menjemput anda menambah pengetahuan dalam bahasa Melayu dengan melayari dan menyumbang bahan di :- http://ms.wikipedia.org/wiki/Main_Page


  Fight Spam! Click Here!

















lhvibgblsu@hhcsfmomtwqtlgv.org
bunjlzzqwv@fqbhtmkkmlrzpmk.org
eupxzbduww@hhfeqelwihnogps.com
xrtilnuliy@pzdgjomnufgdqdg.net
evnnahyvta@zucwhekbymttdnk.org
jkgxqabrpm@qrgnrtukycafpmo.com
yhadmepneu@rnscnxsfmmrtpir.org
oqfhymbrsg@ebgqesppjockfbn.com
kpgykpurbq@frykgqemhbltpcz.net
ymyaqbgztj@ooqovjumqsgtsap.org
rvoowfiktx@zkfypubgeqwdxcj.com
odfpishumj@epxayzbyppvlzbk.com
tozoffdxlc@xzzacwqalrahuzn.net
gwxbbtaild@jdttaivdnaorhaj.org
bqfsuowcry@dnjokakctznjevz.com
gokhfgiwdw@dovowfdzeeubsho.net
cxadfzlqnk@wmhqfaolzenskoj.net

 

 

1