Pelatihan Penyembuhan Prana

 

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.





Masalah Pergerakan Anggota Berkala
(Periodic Limb Movement Disorder (PLMD))
Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong

 
Masalah Pergerakan Anggota Berkala (Periodic Limb Movement Disorder (PLMD)) yang juga dikenali sebagai "nocturnal myoclonus" merujuk kepada pergerakan anggota badan seperti tangan atau kaki yang berlaku diluar kawal yang menyebabkan masalah tidur. Kebanyakan mereka yang mengidap Masalah Pergerakan Anggota Berkala tidak menyedari akan pergerakan tersebut walaupun kadang-kala mereka menyedari anggota mereka yang tersentak di luar kawal yang berlaku ketika mereka dalam keadaan sedar.  Pengidap Masalah Pergerakan Anggota Berkala sering diberitahu oleh pasangan mereka bahawa mereka menendang atau banyak bergerak ketika tidur.

Pergerakan ketika tidur ini mengganggu tidur pengidap Masalah Pergerakan Anggota Berkala menyebabkan mereka sering tidak dapat tidur yang cukup. Pergerakan tersebut seperti berlunjur, membengkokkan siku, lutut, atau peha secara berkala, kebiasaannya setiap 30 saat dan berlaku pada awal malam. Pergerakan ini menjadikan pengidap Masalah Pergerakan Anggota Berkala sukar tidur dan mudah terjaga. Kadang-kala mereka tidak menyedari pergerakan ketika tidur dan hanya mengadu merasa terlalu mengatuk pada waktu pagi disebabkan waktu terjaga yang kerap tanpa disedari ketika tidur.

Kebanyakan mereka yang mengidap Sindrom Kaki Resah turut mengidap Masalah Pergerakan Anggota Berkala, sebaliknya mereka yang mempunyai Masalah Pergerakan Anggota Berkala tidak semestinya mempunyai Sindrom Kaki Resah. Masalah Pergerakan Anggota Berkala adalah berbeza dengan sentakan sekali-sekala yang biasa berlaku ketika seseorang itu tidur yang tidak mengganggu mutu tidur mereka.

Siapa yang menghadapi Masalah Pergerakan Anggota Berkala

Masalah Pergerakan Anggota Berkala selalunya berlaku kepada mereka yang berusia lebih daripada 30 tahun, dan semakin biasa apabila usia seseorang itu semakin lanjut. Pada usia 30 - 50 tahun, Masalah Pergerakan Anggota Berkala didapati pada peratusan kecil. Pada usia 50 - 65 tahun hampir 30% didapati menghadapi Masalah Pergerakan Anggota Berkala. Dikalangan mereka yang berusia 65 tahun, lebih daripada separuh menghadapi Masalah Pergerakan Anggota Berkala

Punca Masalah Pergerakan Anggota Berkala

Punca Masalah Pergerakan Anggota Berkala disebabkan hapir serupa dengan punca Sindrom Kaki Resah (Restless Leg Syndrome (RLS)).

30% mewarisi keadaan itu. 70% yang lain tidak diketahui puncanya. Bagaimanapun, beberapa keadaan didapati mampu mencetuskan Masalah Pergerakan Anggota Berkala adalah seperti :-

  • aliran darah lemah pada kaki.
  • kekurangan zat besi (kurang darah) "Anemia",
  • masalah saraf,
  • masalah buah pinggang,
  • masalah otot/urat,
  • pemabuk,
  • kekurangan vitamin atau bahan galian.


Sebab-sebab lain yang mencetuskan Masalah Pergerakan Anggota Berkala termasuk :-

  • Penggunaan kafin (caffeine),
  • merokok,
  • keletihan,
  • berhenti atau mula makan ubat tertentu,
  • suhu panas atau sejuk melampau.


Rawatan Masalah Pergerakan Anggota Berkala

Masalah Pergerakan Anggota Berkala boleh dirawat dengan pelbagai cara. Apabila seseorang dikenalpasti sebagai menghadapi Masalah Pergerakan Anggota Berkala, adalah penting bagi memastikan samada ia disebabkan oleh keadaan seperti anemia, kencing manis "diabetes", arthritis, atau pengambilan ubat anti-kemurungan. Diagnosa dan rawatan yang tepat sering menyelesaikan Masalah Pergerakan Anggota Berkala .

Rujukan

http://www.vcu.edu/sleepwell/disorders.html
http://www.prohealthnetwork.com/library/showarticle.cfm/ID/428/e/1/T/Health/


 
Pengumuman: Saya ingin menjemput anda menambah pengetahuan dalam bahasa Melayu dengan melayari dan menyumbang bahan di :- http://ms.wikipedia.org/wiki/Main_Page

 Pelatihan Penyembuhan Prana

See who's visiting this page. View Page Stats
Maklumat yang diberikan ini hanyalah untuk makluman sahaja. Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenal-pasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian.