Pelatihan Penyembuhan Prana

 


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.



Masalah Narcolepsy
Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong

 
Narcolepsy merujuk kepada masalah tidur yang menyebabkan rasa mengantuk melampau pada waktu siang dengan kecenderungan untuk terlelap pada waktu yang tidak sesuai. Narcolepsy biasa terdapat, tetapi kesan dalam kehidupan seharian seseorang pengidap Narcolepsy amat mendalam. Mereka tidak boleh memandu, melakukan perkara-perkara merbahaya, sering disalah anggap sebagai gila, dan tersingkir oleh masyarakat. Ubat bagi menyembuhkan Narcolepsy masih belum didapati tetapi dengan kemajuan teknologi, perubatan, dan farmasi masa kini, pengidap Narcolepsy mampu menjalani kehidupan hampir normal.

Tanda-tanda Narcolepsy

Terdapat empat tanda Narcolepsy iaitu :-

        #Rasa mengantuk melampau pada waktu siang.
        #Cataplexy
        #Lumpuh tidur "sleep paralysis"
        #khayalan hypnagogic

Dalam kebanyakan kes, tanda Narcolepsy pertama yang paling mengganggu adalah rasa mengantuk melampau pada waktu siang. Tanda-tanda Narcolepsy boleh muncul secara serentak atau perlahan-lahan.

Rasa mengantuk melampau pada waktu siang.

Rasa mengantuk melampau pada waktu siang merupakan tanda pertama disedari oleh pengidap Narcolepsy. Pengidap Narcolepsy bukan sahaja terlelap seperti orang normal seperti selepas makan, atau semasa kelas yang  membosankan, tetapi juga pada masa yang mana orang biasa mampu berjaga seperti ketika menonton cerita,  menulis surat, memandu, atau ketika sedang bercakap dengan orang lain.

Cataplexy

Cataplexy merujuk kepada kehilangan kawalan otot seketika. Simptom ini biasanya muncul selepas berbulan atau bertahun mengalami perasaan mengantuk. Cataplexy biasanya dicetuskan oleh perasaan yang kuat seperti ketawa, gembira, terkejut, dan kadang kala oleh perasaan marah. Kelemahan otot berbeza dari tahap serdahana di mana terdapat perasaan lemah seketika pada otot kaki - atau menyebabkan kehilangan kawalan otot sepenuhnya yang menyebabkan rebah. Pengidap Cataplexy berada dalam keadaaan sedar sepenuhnya dan berbeza dengan mereka yang beraha hendak pitam. Terdapat kemungkinan mereka yang mengalami Cataplexy tidak mengidap narcolepsy.

Lumpuh tidur "Sleep Paralysisis"

Lumpuh tidur "Sleep Paralysisis" merujuk kepada kehilangan kawalan otot ketika seseorang sedar dari tidur atau hampir tidur. Ia merupakan perasaan yang menakutkan disebabkan mereka menyedari apa yang berlaku disekeliling tetapi tidak mampu bergerak atau bercakap. Berbeza dengan Cataplexy, mereka yang diserang lumpuh tidur sembuh apabila disentuh. Keadaan ini juga dikenali sebagai ditindih hantu dikalangan orang melayu. Ini disebabkan mangsa akan sedar apabila disentuh. Oleh itu mereka menganggap kejadian ini disebabkan perbuatan makluk halus yang menindih orang tersebut.

Khayalan Hypnagogic "Hypnagogic Hallucinations"

Khayalan Hypnagogic "Hypnagogic Hallucinations" merupakan pengalaman mimpi nyata yang berlaku ketika seseorang dalam keadaan mengantuk ketika hampir tidur atau terjaga. Pengalaman mimpi nyata ini mungkin melibatkan gambaran atau bunyi yang mengganggu lebih menakutkan lagi sekiranya pengalaman ini disalah tafsir sebagai sakit jiwa. Ramai pengidap Khayalan Hypnagogic melapurkan seseorang atau sesuatu berada di dalam bilik atau diluar bilik mereka. Pengalaman ini lebih menakutkan disebabkan mereka hanya separuh sedar dan tidak dapat mengawal keadaan.

Tanda-tanda tambahan narcolepsy termasuk perbuatan automatik (tugas yang biasa dilakukan tanpa meningati  atau sedar perbuatan tersebut.), kesukaran untuk tidur walaupun tertidur awal pada waktu malam. Pengidap narcolepsy juga melapurkan pandangan berganda, tidak mampu memusatkan fikiran, dan hilangan ingatan.

Sebab narcolepsy

Sebab sebenar narcolepsy tidak diketahui pada masa ini, tetapi narcolepsy kelihatannya disebabkan oleh masalah sistem saraf tunjang yang mengawal tidur dan jaga. Ketika bermimpi, manusia normal mengalami kehilangan kawalan otot sama seperti cataplexy dan lumpuh tidur sebagai melindungi diri daripada melakukan perbuatan yang boleh merbahayakan diri sendiri. Pengidap narcolepsy pula mengalami kehilangan kawalan otot dan pengalaman seperti bermimpi yang berlaku pada ketika yang tidak bersesuaian. Kadang-kala Narcolepsy berlaku dalam keluarga, tetapi terdapat pengidap Narcolepsy dikalangan keluarga yang tidak mempunyai sejarah masalah Narcolepsy. Kajian yang sedang dijalankan menunjukkan terdapat gen, yang digabung dengan faktor lain dalam kehidupan seseorang mencetuskan narcolepsy.

Bagaimana narcolepsy dirawat.

Untuk memastikan seseorang menghidapi narcolepsy, kajian tidur malam dan MSLT akan dijalankan. Setelah didiagnosa, pesakit dan pakar tidur perlu bekerjasama untuk memastikan rawatan yang paling berkesan. Pengidap narcolepsy masih belum boleh sembuh sepenuhnya, tetapi tanda-tanda narcolepsy boleh dikawal dengan ubat, rawatan perangai, dan pengawalan persekitaran. Mereka yang mengidap narcolepsy biasanya berasa lebih lega apabila menyedari masalah mereka juga dihidapi oleh orang lain dan mereka bukannya sakit jiwa atau gila seperti yang difikirkan sebelumnya.

Rujukan

http://www.vcu.edu/sleepwell/disorders.html
http://www.vcu.edu/sleepwell/narcolepsy.html
http://www.prohealthnetwork.com/library/showarticle.cfm/ID/428/e/1/T/Health/



 Pelatihan Penyembuhan Prana

Maklumat yang diberikan ini hanyalah untuk makluman sahaja. Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenal-pasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian.

  Fight Spam! Click Here!
gwssefotorhoqcrypavcbwttsozasm

 

 

1