Pelatihan Penyembuhan Prana

 


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.










Masalah Katarak
Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong

Katarak adalah sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun. Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya. Keadaan ini menjejaskan penglihatan seseorang dan akan menjadi buta sekiranya lewat, atau tidak dirawat. Masalah katarak berbeza dengan Glaukoma yang merupakan sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata.

Golongan berisiko
Golongan yang berisiko mengidap katarak adalah seperti berikut :-

  1. Pesakit kencing manis yang gagal mengawal penyakitnya.
    • Kandungan gula dalam darah menjadikan kanta kurang kenyal dan membentuk katarak.
  2. Orang dewasa yang berusia 60 tahun keatas.
    • Katarak merupakan suatu proses akibat usia yang lanjut.
  3. Kanak-kanak dan bayi yang baru lahir dengan komplikasi
    • Katarak boleh berlaku pada bayi atau kanak-kanak sekiranya si ibu mengidap jangkitan seperti penyakit Rubella semasa mengandung.



Tanda-tanda Katarak ialah :-

  • Penglihatan semakin kabur.
  • Sukar membaca kerana penglihatan tidak jelas.
  • Kerap menukar cermin mata kerana penglihatan tidak terang.
  • Selaput putih pada anak mata.
  • Merasa silau terhadap cahaya matahari.
 

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan mata bagi mencegah diri daripada kehilangan penglihatan.

Rawatan

Katarak hanya dapat dirawat melalui pembedahan. Pembedahan ini hanya mengambil masa 30 hingga 40 minit sahaja.

Sewaktu pembedahan, kanta asal yang kabur akan dibuang dan digantikan dengan kanta tiruan untuk memulihkan penglihatan pesakit.

Selain daripada menggunakan kanta tiruan, pesakit Katarak juga boleh menggunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens) untuk memulihkan penglihatan.

Pesakit akan sembuh dalam masa tiga bulan. Dalam tempoh ini, pesakit dinasihat mendapatkan :-

  • Rawatan susulan yang rapi
  • Memakan ubat yang diberikan.
  • Memakai cermin mata gelap kerana mata masih sensitif pada sinaran matahari.


Rujukan

Risalah "Glaukoma ", oleh Health Education Division, Ministry of Health Malaysia,
 


Pengumuman: Saya ingin menjemput anda menambah pengetahuan dalam bahasa Melayu dengan melayari dan menyumbang bahan di :- http://ms.wikipedia.org/wiki/Main_Page

 Pelatihan Penyembuhan Prana

Maklumat yang diberikan ini hanyalah untuk makluman sahaja. Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenal-pasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian.

Fight Spam! Click Here!
swcraczuuurwhyzdndfbjdgkxfpdrdyqykcnedudizzupnpcylexjupfawmqqhwyscdlfiepnswbfweffhuofctsneiliualnfiewcv

 

 

1