Pelatihan Penyembuhan Prana

 


 




Kaedah Bahan Pembasmi Sperma "Spermisida"
Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong

 
 
 
 

(Tidak sesuai untuk dibaca oleh mereka yang berusia bawah
dari 15 tahun.  Baca atas tanggungan sendiri. )


























Maklumat yang diberikan ini hanyalah untuk makluman sahaja. Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenal-pasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian.
 
 








Kaedah Bahan Pembasmi Sperma "Spermisida"

Kaedah-kaedah pencegah kehamilan merupakan satu keperluan penting bagi merancang saiz dan masa yang tepat untuk mendapatkan anak. Ini adalah penting terutama bagi mereka yang baru bersalin atau mempunyai masalah kesihatan mengandung untuk mengelak dari mengandung. Salah satu cara mencegah kehamilan adalah dengan penggunaan Bahan Pembasmi Sperma "Spermisida" .

Bahan Pembasmi Sperma "Spermisida" merupakan satu bahan yang bertindak untuk membunuh atau melemahkan sperma yang dibebaskan sebelum sperma itu memasuki pintu rahim (uterus). Bahan Pembasmi Sperma "Spermisida"  boleh digunakan secara bersendirian atau bersama-sama dengan cara merancang kehamilan yang lain. Penggunaan Bahan Pembasmi Sperma "Spermisida"  amat mudah dan cepat.

Bahan Pembasmi Sperma "Spermisida"  terdapat di dalam pelbagai bentuk seperti sabun faraj "vaginal soap", krim, gel, dan semburan "aerosol".  Bahan Pembasmi Sperma "Spermisida" perlu digunakan pada faraj sebelum melakukan hubungan kelamin.

Penggunaan Bahan Pembasmi Sperma "Spermisida"  semata-mata tidak bergitu berkesan. Dianggarkan sebanyak 30  peratus kehamilan akan berlaku jika Bahan Pembasmi Sperma "Spermisida"  digunakan dengan betul dan berterusan (konsisten). Untuk meningkatkan lagi keberkesanan Bahan Pembasmi Sperma "Spermisida" , ia digunakan bersama-sama dengan kaedah merancang kehamilan yang lain seperti diafram, atau kondom.

Penggunaan Bahan Pembasmi Sperma "Spermisida"  tidak mampu menghalang daripada jangkitan penyakit kelamin. Penggunaan Bahan Pembasmi Sperma "Spermisida"  hanyalah bertujuan untuk merancang kehamilan semata-mata.

Bagi wanita yang tidak sesuai menggunakan diafram, masih terdapat cara-cara lain bagi mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang. Anda perlu berbincang dengan doktor  agar dapat memastikan kaedah yang digunakan bersesuaian dengan diri anda.

Rujukan
http://www.pranaindonesia.com?/html/spermicides.htm

Risalah "Contraceptive Methods", oleh Health Education Division, Ministry of Health Malaysia, T/P & P: 22/2001 But. 1 (100,000)

Risalah "Towards A Happy Family", oleh Health Education Division, Ministry of Health Malaysia, T/P & P: 22/2001 But. 2 (100,000)
 


 Pelatihan Penyembuhan Prana

Maklumat yang diberikan ini hanyalah untuk makluman sahaja. Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenal-pasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian.
See who's visiting this page.View Page Stats

Fight Spam! Click Here!
swcraczuuurwhyzdndfbjdgkxfpdrdyqykcnedudizzupnpcylexjupfawmqqhwyscdlfiepnswbfweffhuofctsneiliualnfiewcv

1