Pelatihan Penyembuhan Prana

 


 

Kaedah Penutup Servik (Cervital Cap)
Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong

 
 
 
 

(Tidak sesuai untuk dibaca oleh mereka yang berusia bawah
dari 15 tahun.  Baca atas tanggungan sendiri. )
































Maklumat yang diberikan ini hanyalah untuk makluman sahaja. Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenal-pasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian.
 
 










Kaedah Penutup servik (Cervital Cap)

Kaedah-kaedah pencegah kehamilan merupakan satu keperluan penting bagi merancang saiz dan masa yang tepat untuk mendapatkan anak. Ini adalah penting terutama bagi mereka yang baru bersalin atau mempunyai masalah kesihatan mengandung untuk mengelak dari mengandung. Salah satu cara mencegah kehamilan adalah dengan penggunaan Penutup servik.

Penutup Servik (Cervital Cap) berfungsi hampir serupa dengan diafram dan terdapat dalam pelbagai saiz mengikut keperluan individu. Pemeriksaan doktor dapat menentukan saiz alat Penutup Servik (Cervital Cap) yang sesuai dengan setiap individual. Alat Penutup Servik (Cervital Cap) ini mampu mencegah daripada kehamilan bagi tempoh 48 jam selepas dipasang, dan dalam tempoh ini aktiviti seks boleh dilakukan secara berulang-kali.
 

Penutup Servik adalah satu alat kecil berbentuk kubah yang diperbuat daripada getah dengan tepi bulat yang pejal. Ia muat untuk menutupi pangkal rahim "serviks". Kedudukan Penutup Servik (Cervital Cap) dikekalkan oleh daya lekap. Penutup Servik terdapat dalam empat saiz dan perlu dipasang oleh doktor buat kali pertama bagi menentukan saiz yang bersesuaian. Penutup Servik (Cervital Cap) perlu digunakan bersama dengan spermisida seperti gel atau krim perancang keluarga.

Bagaimana Penutup Servik (Cervital Cap) berfungsi.
Penutup Servik (Cervital Cap) berfungsi dengan menghalang sperma daripada memasuki rahim melalui dua cara. Penutup Servik (Cervital Cap) menutup servik agar sperma tidak dapat masuk. Gel atau krim spermisida membunuh sperma yang terlepas masuk melalui tepi penutup.

Penutup Servik (Cervital Cap) tidak digalakkan untuk digunakan lebih dari 48 jam kerana risiko kejadian Sindrome Kejutan Toksik "Toxic Shock Syndrome (TSS)" meningkat serta ia boleh menghasilkan bau dan lendiran yang busuk.

Cara pemasangan Penutup Servik

Berikut adalah cara menggunakan tudung servik yang betul
 

  1. Periksa Penutup Servik (Cervital Cap) sekiranya terdapat sebarang lubang atau kecacatan sebelum menggunakan penutup serviks. Pegang penutup servik (Cervital Cap) kearah cahaya dan lihat sekiranya terdapat sebarang lubang, koyak, atau rekahan. Jika terdapat sebarang kecacatan pada penutup servik (Cervital Cap), gunakan cara mencegah kehamilan yang lain sementara anda mendapatkan penutup servik (Cervital Cap) yang baru.
  1. Isikan kubah dengan 1/3 spermisida. Jangan terlebih isi atau penutup servik (Cervital Cap)tidak mampu mengekalkan daya lekatannya. Tutup ini perlu untuk mengelakkan sperma masuk keservik.
  1. Letakkan penutup servik (Cervital Cap) pada bukaan servik. Samada anda atau pasangan anda boleh meletakkannya sebelum bersatu. Pastikan anda membasuh tangan anda dahulu. Untuk meletakkan penutup servik (Cervital Cap), letakkan sebelah kaki ke atas kerusi, atau bertinggung, atau berbaring mengangkang. Gunakan jari yang bersih untuk menentukan kedudukan serviks. Ketika subur, servik terletak lebih kedalam dan lebih sukar dijumpai. Gunakan sebelah tangan untuk membuka faraj, Dengan sebelah tangan yang lain picit dengan tepi keatas. Masukkan kedalam faraj seberapa dalam. Gunakan jari untuk meletakkan penutup servik (Cervital Cap) agar menutup servik dengan sempurna dan tekan sehingga rapat.
  1. Periksa sekiranya penutup servik (Cervital Cap) dipasang dengan betul. Gunakan jari anda untuk memastikan penutup servik (Cervital Cap) menutup servik dengan sempurna. Tekan puncak penutup untuk memastikan kedudukan servik. Gunakan jari untuk memastikan tepi penutup servik menutup servik sepenuhnya. Sekiranya ia bersaiz yang betul, anda tidak dapat merasai servik. Jika penutup servik mudah tanggal, gunakan cara pencegah kehamilan yang lain sehingga anda mendapatkan saiz yang betul.
  1. Anda boleh melakukan hubungan seks sehingga 42 jam tanpa perlu menambahkan spermisida. Jika anda ingin menambah spermisida, jangan tanggalkan penutup servik (Cervital Cap). Tambah spermisida diluar penutup servik sahaja.
  1. Biar penutup servik (Cervital Cap) selama 6 jam selepas hubungan seks terakhir. Ini adalah tempoh masa yang diambil untuk memastikan semua sperma tidak lagi aktif. Jangan cuci atau bilas faraj untuk tempoh ini. Mandi adalah dibenarkan.
  1. Pastikan penutup servik (Cervital Cap) ditanggalkan selepas 48 jam. Cari kedudukan yang sesuai untuk anda. Tekan tepi penutup servik sehingga terbuka. Condongkan penutup. Masukkan jari anda dari tepi dan tarik keluar. Jika anda menghadapi masalah menarik keluar, duduk bertinggung ketika cuba membuka penutup servik. Jangan biarkan penutup servik melebihi 48 jam.
  1. Jaga penutup servik (Cervital Cap) selepas digunakan. Ia perlu dijaga agar getah tidak kering atau koyak. Basuh dengan menggunakan air suam dan sabun. Keringkan dengan baik. SImpan ditempat sejuk dan kering.
  1. Jangan gunakan ubat atau pelicin berasaskan minyak ketika menggunakan penutup servik. Vaseline, krim tangan, Monistat dan barangan berasaskan minyak mampu merosakkan penutup servik (Cervital Cap). Untuk pelicin tambahan gunakan krim atau gel spermisida.
  1. Gunakan cara merancang yang lain ketika pendarahan haid. Ini adalah untuk mengelakkan risiko mendapat Sindrom Kejutan Toksik.
  1. Jumpa doktor sekiranya anda mengalami tanda amaran penutup servik (Cervital Cap).
Dianggarkan hanya 9 peratus kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan berkekalan dan betul.

Penutup servik (Cervital Cap) lebih berkesan sekiranya penggunaannya digabungkan dengan kaedah merancang yang lain seperti penggunaan bahan pembasmi sperma "Spermisida".

Kesan sampingan
Sesetengah orang menunjukkan kesan sampingan apabila menggunakan penutup servik (Cervital Cap). Kesan sampingan ini termasuk :-

  1. Alahan kepada getah atau spermisida. Alahan ini menyebabkan kegatalan kulit, terbakar, kemerahan. Kadang-kala alahan kepada spermisida hilang apabila menggunakan jenama yang lain.
  1. Jangkitan faraj atau servik. Ini disebabkan memakai terlalu lama atau tidak dibersihkan atau dijaga dengan baik atau betul.
  1. Bau busuk atau kegatalan di faraj. Ini disebabkan memakai terlalu lama.
  1. Kegatalan pada servik atau faraj. Ini disebabkan memakai terlalu lama, saiz tidak betul,  atau tidak dibersihkan atau dijaga dengan baik atau betul.
Tanda-tanda masalah.
Seperti penggunaan diafram, penutup servik (Cervital Cap) mempunyai satu kelemahan serius. Sindrome Kejutan Toksik "Toxic Shock Syndrome (TSS)". Sindrome Kejutan Toksik "Toxic Shock Syndrome (TSS)"  amat jarang sekiranya penutup servik (Cervital Cap) tidak digunakan ketika pendarahan haid, dan dikeluarkan sebelum 48 jam. Amat penting untuk mengatahui tanda-tanda Sindrome Kejutan Toksik "Toxic Shock Syndrome (TSS)"

Langkah berjaga-jaga
Doktor perlu menimbangkan beberapa langkah berhati-hati sebelum memutuskan wanita boleh menggunakan penutup servik (Cervital Cap) dengan selamat. Sesetengah wanita atau lelaki mempunyai masalah alahan terhadap getah, atau spermisida.  Sesetengah wanita tidak muat atau tidak dapat memasang penutup servik. Kaedah penutup servik juga tidak digalakkan kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti jangkitan faraj, Ujian PAP "Pap smear" yang tidak normal. Wanita yang mempunyai sejarah Sindrome Kejutan Toksik "Toxic Shock Syndrome (TSS)" dicadangkan menggunakan kaedah yang lain.

Keberkesanan penutup sevik (Cervital Cap)
Penutup sevik (Cervital Cap) amat berkesan bagi wanita yang tidak pernah melahirkan anak secara normal sebaliknya melalui cara lain seperti pembedahan Caesarean.

Penutup servik kurang berkesan bagi wanita yang melahirkan anak secara normal. Ini mungkin disebabkan bentuk servik berubah selepas bayi melaluinya. Selain itu, otot servik juga menjadi kurang tegang. Oleh sebab ini, penutup sevik (Cervital Cap) mungkin tidak muat sebaik seperti wanita yang tidak pernah melahirkan anak secara normal.
 
 

Peratus kegagalan penutup servik (Cervital Cap) berfungsi setiap 100 pengguna.
Pengguna biasa Pengguna sempurna
Wanita belum pernah beranak. 18 9
Wanita pernah beranak. 36 26

Cara paling berkesan
Penutup servik paling berkesan bagi mereka yang tidak pernah melahirkan anak secara normal. Seperti kaedah pencegah kehamilan lain, penutup servik (Cervital Cap) dipakai sebelum seks. Krim atau gel spermisida perlu digunakan bersama penutup servik agar berkesan. Pengguna perlu memastikan penutup servik terpasang dengan betul setiap kali penggunaannya. Bagi pengguna kali pertama, gunakan kaedah pencegah kehamilan yang lain sehingga merasa selesa untuk memasang dengan betul.

Kelebihan dan kekurangan

Sesetengah orang mengemari kaedah ini disebabkan :-

  1. Menyebabkan sedikit masalah kesihatan.
  2. Membendung sesetengah penyakit kelamin.
  3. Boleh dipakai sebelum seks dan tahan selama 48 jam.
  4. Hanya dipakai apabila diperlukan.


Sesetengah orang tidak mengemari kaedah ini disebabkan :-

  1. Sukar dipakai.
  2. Perlu dipasang oleh doktor buat kali pertama.
  3. Mempunyai kesan sampingan bagi sesetengah orang.
  4. Tidak sesuai bagi mereka yang pernah melahirkan anak.
  5. Memerlukan menyentuh alat kelamin.


Penggunaan penutup servik (Cervital Cap) tidak mampu menghalang daripada kesemua jangkitan penyakit kelamin. Penggunaan penutup servik (Cervital Cap) hanyalah bertujuan untuk merancang kehamilan semata-mata.

Bagi wanita yang tidak sesuai menggunakan Penutup servik (Cervital Cap), masih terdapat cara-cara lain bagi mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang. Anda perlu berbincang dengan doktor  agar dapat memastikan kaedah yang digunakan bersesuaian dengan diri anda.

Rujukan

http://www.pranaindonesia.com?/html/cervical_cap.htm


 
Pengumuman: Saya ingin menjemput anda menambah pengetahuan dalam bahasa Melayu dengan melayari dan menyumbang bahan di :- http://ms.wikipedia.org/wiki/Main_Page

 Pelatihan Penyembuhan Prana

Maklumat yang diberikan ini hanyalah untuk makluman sahaja. Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenal-pasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian.

Fight Spam! Click Here!

xucxwpfwgrdfggqhylebznuvgqmnjmpsikqjylmohzonufoexkkcvcgiwkqttwrvruthwuvnjizejrfbhsxsensnxiugezistwel

 

 

1