Pelatihan Penyembuhan Prana

 

 

 

Kaedah Pencegah Kehamilan
Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong

 
 
 
 

(Tidak sesuai untuk dibaca oleh mereka yang berusia bawah
dari 15 tahun.  Baca atas tanggungan sendiri. )







Maklumat yang diberikan ini hanyalah untuk makluman sahaja. Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenal-pasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian.
 
 

 

Kenapa merancang kehamilan bayi anda.


Kaedah pencegah kehamilan merupakan satu keperluan penting bagi merancang saiz dan masa yang tepat untuk mendapatkan anak. Ini adalah penting terutama bagi mereka yang baru bersalin atau mempunyai masalah kesihatan mengandung untuk mengelak dari mengandung. Selain itu apabila seseorang mencapai usia akhir baligh sekitar 10 tahun bago wanita, ini beerti dari segi biologi tubuh mereka telahpun bersedia untuk berfungsi sepenuhnya untuk mengandung dan melahirkan anak.

Bagaimanapun mengandung terlalu awal dikatakan boleh menambah risiko mendapat barah pangkal rahum. Selain itu mungkin terdapat wanita yang telahpun berkahwin tetapi masih ingin menumpukan kepada karear mereka dan belum bersedia untuk menimang cahaya mata. Bagaimanapun adalah perlu diingat bahawa mengandung terlalu lewat,  melebihi umur 40 tahun, meningkatkan komplikasi kepada bayi seperti penyakit  Sindrom Down "Down Syndrome". Sekiranya masih hendak mengandung, berbincanglah dengan doktor anda dengan teliti.

Wanita yang terlalu kerap bersalin turut berhadapan dengan risiko mendapat masalah penyakit reput tulang (Osteoporosis) apabila usia telahpun lanjut, terutama dikalangan mereka yang tidak mengambil kalsium yang secukupnya ketika mengandung.
 

Kaedah mencegah kehamilan.


Terdapat pelbagai jenis kaedah pencegah kehamilan yang berada di pasaran bergantung kepada keperluan dan kesesuaian dengan pengguna. Pada masa kini, kebanyakan kaedah pencegah kehamilan lebih khusus kepada wanita. Sungguhpun begitu, amat penting bagi kedua-dua pasangan untuk bersama-sama memahami kaedah pencegah kehamilan dan keberkesanannya agar kaedah pencegah kehamilan dapat digunakan dengan berkesan. Penggunaan kaedah pencegah kehamilan yang tidak betul mengurangkan lagi keberkesanannya. Kedua-dua pasangan juga perlu menyedari bahawa walaupun dengan penggunaan kaedah pencegah kehamilan yang betul masih terdapat risiko berlakunya kehamilan.

Selain itu, kebanyakan kaedah pencegah kehamilan juga tidak dapat menghalang penyebaran penyakit kelamin. Oleh itu hubungan rambang hendaklah dielakkan sebagaimana dituntut dalam ugama. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan, remaja melayu merupakan jumlah paling ramai yang hamil diluar nikah. Ini mungkin disebabkan mereka jahil akibat yang akan berlaku disebabkan perbuatan mereka seperti masalah kehamilan atau masalah penyakit kelamin. Maklumat yang diberikan diharap akan membolehkan mereka membuat keputusan yang sewajarnya.

Diantara jenis-jenis kaedah pencegah kehamilan yang terdapat dipasaran adalah seperti berikut :-
 
 

Alat IUD Alat Instrauterin (Intra-Uterine Device - IUD)
Diafram
Spermisida Bahan Pembasmi Sperma "Spermisida"
Implan `Norplant'
Menjaga kesucian diri
Kaedah semula jadi (Natural Family Planning)
Kondom Lelaki Kondom
Pembedahan Bilateral Tubal Ligation
Pembedahan Vasectomy
Pil perancang Pil Perancang Keluarga "Kontraseptif"
Span Span (Sponge)
Suntikan Progestin dan Progesteron
Tudung Servik Tudung servik (Cervital Cap)
Amatlah penting anda berbincang dengan doktor tentang penggunaan kaedah yang bersesuaian dengan usia, dan rancangan berkeluarga anda. Sesetengah kaedah merancang keluarga tidak dapat diubah kembali seperti pembedahan Bilateral Tubal Ligation, atau  pembedahan Vasectomy.  Sesetengah kaedah merancang keluarga seperti IUD, atau Diafram mempunyai jangka masa terhad dan perlu dibuka setelah tamat tempoh. Penyalahgunaan dan menggunakan kaedah tersebut melebihi tempoh yang ditetapkan akan menimbulkan kerumitan "komplikasi" pada masa akan datang apabila anda merancang untuk menimang anak.
    Rawatan demam kuning pada bayi.

    Oleh itu diingatkan sekali lagi, sila berbincang dengan doktor anda tentang kaedah yang paling sesuai dengan anda dan pasangan anda.


 
Pengumuman: Saya ingin menjemput anda menambah pengetahuan dalam bahasa Melayu dengan melayari dan menyumbang bahan di :- http://ms.wikipedia.org/wiki/Main_Page

 Pelatihan Penyembuhan Prana

Maklumat yang diberikan ini hanyalah untuk makluman sahaja. Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenal-pasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian.

Fight Spam! Click Here!
xskdizqbpfvvhofsjyavospaxqnmjaflfrttyvxvtpduowuisrfepbcsgchilodcyitirktkowitfqtwmuricnzovfsmncsgdwa

1