Pelatihan Penyembuhan Prana

 


 

Kaedah Pembedahan Vasectomy.
Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong

 
 
 
 

(Tidak sesuai untuk dibaca oleh mereka yang berusia bawah
dari 15 tahun.  Baca atas tanggungan sendiri. )

























Maklumat yang diberikan ini hanyalah untuk makluman sahaja. Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenal-pasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian.
 
 











Kaedah Pembedahan Vasectomy

Kaedah-kaedah pencegah kehamilan merupakan satu keperluan penting bagi merancang saiz dan masa yang tepat untuk mendapatkan anak. Ini adalah penting terutama bagi mereka yang baru bersalin atau mempunyai masalah kesihatan mengandung untuk mengelak dari mengandung. Salah satu cara mencegah kehamilan adalah dengan menjalani pembedahan Vasectomy bagi lelaki.

Pembedahan Vasectomy merupakan satu pembedahan untuk memotong dan mengikat saluran sperma bagi lelaki. Pembedahan Vasectomy akan menghalang sperma yang terhasil daripada sampai kepada zakar, oleh itu menghalang proses persenyawaan antara telur dengan sperma.

Biasanya pembedahan Vasectomy hanya dilakukan pada lelaki yang sudah mempunyai anak dan tidak lagi ingin mempunyai anak. Pembedahan Vasectomy amat berkesan sehingga 100%. Pembedahan Vasectomy dapat meningkatkan seselesaan hubungan kelamin disebabkan tidak terdapat gangguan ketika bersama.

Secara asasnya pembedahan Vasectomy tidak dapat diubah kembali, dan lelaki yang telah melalui pembedahan Vasectomy tidak lagi mempu mendapatkan anak. Bagaimanapun, sekiranya sesuai dan berkemampuan, terdapat pembedahan untuk menyambungkan kembali saluran sperm. Tetapi kejayaan pembedahan ini tidaklah 100% berjaya. Selain itu, kaedah permanian berhadas "test tube" juga boleh digunakan.

Pembedahan Vasectomy  tidak mampu menghalang daripada jangkitan penyakit kelamin. Pembedahan Vasectomy hanyalah bertujuan untuk merancang kehamilan semata-mata.

Bagi pasangan yang tidak sesuai menggunakan kaedah pembedahan Vasectomy, masih terdapat cara-cara lain bagi mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang. Anda perlu berbincang dengan doktor  agar dapat memastikan kaedah yang digunakan bersesuaian dengan diri anda.

Rujukan

Risalah "Contraceptive Methods", oleh Health Education Division, Ministry of Health Malaysia, T/P & P: 22/2001 But. 1 (100,000)

Risalah "Towards A Happy Family", oleh Health Education Division, Ministry of Health Malaysia, T/P & P: 22/2001 But. 2 (100,000)
 
 
 

Pengumuman: Saya ingin menjemput anda menambah pengetahuan dalam bahasa Melayu dengan melayari dan menyumbang bahan di :- http://ms.wikipedia.org/wiki/Main_Page

 Pelatihan Penyembuhan Prana

Maklumat yang diberikan ini hanyalah untuk makluman sahaja. Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenal-pasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian.

  Fight Spam! Click Here!
LawanSpam!

1