Pelatihan Penyembuhan Prana

 


 

Kaedah Pembedahan Bilateral Tubal Ligation
Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong

 
 
 
 

(Tidak sesuai untuk dibaca oleh mereka yang berusia bawah
dari 15 tahun.  Baca atas tanggungan sendiri. )

























Maklumat yang diberikan ini hanyalah untuk makluman sahaja. Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenal-pasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian.
 
 










Kaedah Pembedahan Mengikat Saluran Peranakan (Bilateral Tubal Ligation).

Kaedah-kaedah pencegah kehamilan merupakan satu keperluan penting bagi merancang saiz dan masa yang tepat untuk mendapatkan anak. Ini adalah penting terutama bagi mereka yang baru bersalin atau mempunyai masalah kesihatan mengandung untuk mengelak dari mengandung. Salah satu cara mencegah kehamilan adalah dengan pembedahan mengikat saluran peranakan yang juga dikenali sebagai Bilateral Tubal Ligation untuk wanita.

Pembedahan Bilateral Tubal Ligation merupakan satu pembedahan untuk memotong dan mengikat kedua-dua saluran peranakan "fallopian" bagi wanita. Pembedahan Bilateral Tubal Ligation akan menghalang telur daripada sampai ke rahim oleh itu menghalang proses persenyawaan antara telur dengan sperma.

Biasanya pembedahan Bilateral Tubal Ligation hanya dilakukan pada wanita yang sudah mempunyai anak dan tidak lagi ingin melahirkan anak. Pembedahan Bilateral Tubal Ligation amat berkesan sehingga 100%. Pembedahan Bilateral Tubal Ligation dapat meningkatkan seselesaan hubungan kelamin disebabkan tidak terdapat gangguan ketika bersama.

Secara asasnya pembedahan Bilateral Tubal Ligation tidak dapat diubah kembali, dan wanita yang telah melalui pembedahan Bilateral Tubal Ligation tidak lagi dapat melahirkan anak. Bagaimanapun, sekiranya sesuai dan berkemampuan, terdapat pembedahan untuk menyambungkan kembali saluran peranakan "fallopian". Tetapi kejayaan pembedahan ini tidaklah 100% berjaya. Selain itu, kaedah permanian berhadas "test tube" juga boleh digunakan.

Penggunaan Pembedahan Bilateral Tubal Ligation  tidak mampu menghalang daripada jangkitan penyakit kelamin. Penggunaan Pembedahan Bilateral Tubal Ligation hanyalah bertujuan untuk merancang kehamilan semata-mata.

Bagi wanita yang tidak sesuai menggunakan kaedah Pembedahan Bilateral Tubal Ligation, masih terdapat cara-cara lain bagi mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang. Anda perlu berbincang dengan doktor  agar dapat memastikan kaedah yang digunakan bersesuaian dengan diri anda.

Rujukan

http://www.pranaindonesia.com?/html/tubal.htm

Risalah "Contraceptive Methods", oleh Health Education Division, Ministry of Health Malaysia, T/P & P: 22/2001 But. 1 (100,000)

Risalah "Towards A Happy Family", oleh Health Education Division, Ministry of Health Malaysia, T/P & P: 22/2001 But. 2 (100,000)
 
 
 

Pengumuman: Saya ingin menjemput anda menambah pengetahuan dalam bahasa Melayu dengan melayari dan menyumbang bahan di :- http://ms.wikipedia.org/wiki/Main_Page

 Pelatihan Penyembuhan Prana

Maklumat yang diberikan ini hanyalah untuk makluman sahaja. Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenal-pasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian.

Fight Spam! Click Here!
iuwbedrzmffjnqbxfwrkwuiaqgbpgeqrnvlddqwnxwztinesiqnulafmiftwkqpmeswmevnctnrobnhxcvthhhyfaykcjaybf

1