Pelatihan Penyembuhan Prana

 


 

Kaedah Menjaga Kesucian Diri
Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong

 
 
 
 

(Tidak sesuai untuk dibaca oleh mereka yang berusia bawah
dari 15 tahun.  Baca atas tanggungan sendiri. )




















Maklumat yang diberikan ini hanyalah untuk makluman sahaja. Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenal-pasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian.
 
 










Kaedah Menjaga Kesucian Diri

Menjaga kesucian diri adalah sesuatu yang dituntut dalam ugama Islam. Walaupun mereka yang bukan berugama Islam bebas melakukan apa sahaja, Islam melarang mereka yang berugama Islam daripada melakukan zina. Ini adalah sebagai satu perintah Allah yang termaktub dalam Al Quran. Mereka yang mengamalkan hubungan seksual terlalu awal atau terlalu kerap juga berhadapan dengan risiko barah pangkal rahim (kanser serviks) yang lebih tinggi. Selain itu, mengelak daripada melakukan hubungan seksual bagi mereka yang belum berkahwin merupakan salah satu cara bagi menjaga zuriat keturunan dan mengelakkan penyakit kelamin.

Kaedah-kaedah pencegah kehamilan merupakan satu keperluan penting bagi merancang saiz dan masa yang tepat untuk mendapatkan anak. Ini adalah penting terutama bagi mereka yang belum berkahwin, baru bersalin atau mempunyai masalah kesihatan mengandung untuk mengelak dari mengandung. Salah satu cara mencegah kehamilan adalah dengan menjaga kesucian diri dengan mengelakkan mengadakan hubungan seks sebelum berkahwin atau ketika tidak mahu mengandung.

Kaedah mengelak daripada melakukan hubungan seks merupakan satu cara yang selamat tanpa sebarang kesan sampingan atau gangguan kesihatan. Kaedah mengelak daripada melakukan hubungan seks juga merupakan cara mencegah kehamilan yang paling berkesan. Adalah penting bagi wanita yang mengamalkan kaedah ini agar tidak mudah mengikut pujuk rayu pasangan mereka kerana sekiranya pasangan mereka benar-benar mencintai mereka, sudah tentu mereka sanggup menunggu sehingga berkahwin sebelum mula melakukan hubungan seks.

Selain itu wanita yang mengamalkan kaedah mengelak daripada melakukan hubungan seks perlu mengelakkan daripada terjerumus kearah keadaan yang menyukarkan lagi untuk memilih kaedah ini seperti berdua-duaan dengan pasangan ditempat sunyi, berduaan di dalam bilik atau kawasan tertutup, dan meminum atau mengambil bahan yang mengkhayalkan seperti dadah atau minuman keras. Sekiranya perlu mengikuti pasangan kerumah mereka, tunggu pasangan anda di luar rumah atau dari dalam kenderaan.

Bagi wanita yang tidak sesuai menggunakan kaedah mengelak daripada melakukan hubungan seks disebabkan seperti :-

  • bukan berugama Islam
  • mudah terpengaruh
  • tempoh mengamalkan terlalu lama
  • suami/isteri tidak bersetuju
  • atau dirogol
masih terdapat cara-cara lain bagi mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang. Anda perlu berbincang dengan doktor  agar dapat memastikan kaedah yang digunakan bersesuaian dengan diri anda.
 
 
 
Pengumuman: Saya ingin menjemput anda menambah pengetahuan dalam bahasa Melayu dengan melayari dan menyumbang bahan di :- http://ms.wikipedia.org/wiki/Main_Page

 Pelatihan Penyembuhan Prana

Maklumat yang diberikan ini hanyalah untuk makluman sahaja. Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenal-pasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian.
 
 
 
 
Pengumuman: Saya ingin menjemput anda menambah pengetahuan dalam bahasa Melayu dengan melayari dan menyumbang bahan di :- http://ms.wikipedia.org/wiki/Main_Page

 
 
 

Fight Spam! Click Here!
xucxwpfwgrdfggqhylebznuvgqmnjmpsikqjylmohzonufoexkkcvcgiwkqttwrvruthwuvnjizejrfbhsxsensnxiugezistwel

 

 

1