Pelatihan Penyembuhan Prana

 


 

Kaedah Implan 'Norplant'
Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong

 
 
 
 

(Tidak sesuai untuk dibaca oleh mereka yang berusia bawah
dari 15 tahun.  Baca atas tanggungan sendiri. )






















Maklumat yang diberikan ini hanyalah untuk makluman sahaja. Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenal-pasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian.
 
 









Kaedah Implan `Norplant'

Kaedah-kaedah pencegah kehamilan merupakan satu keperluan penting bagi merancang saiz dan masa yang tepat untuk mendapatkan anak. Ini adalah penting terutama bagi mereka yang baru bersalin atau mempunyai masalah kesihatan mengandung untuk mengelak dari mengandung. Salah satu cara mencegah kehamilan adalah dengan penggunaan Implant Norplant.

Implant Norplant adalah hormon progestin sintetik yang ditanam di bawah kulit. Implant Norplant terdiri daripada enam kapsul kecil yang fleksibel (sebesar batang mancis). Kapsul-kapsul ini di tanam di bawah kulit lengan bahagian atas dan Implant Norplant mampu mencegah kehamilan secara berkesan sehingga selama lima tahun.

Implant Norplant bertindak dengan membebaskan hormon yang menghalang kesuburan secara perlahan-lahan, dan meningkatkan lagi lendir servik "cervical mucus" yang bertindak sebagai halangan kepada sperma. Implant Norplant amat berkesan, selamat, mudah dikendalikan, dan memberikan perlindungan jangka panjang.

Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan hanya sejumlah 0.1 peratus (1 dalam 1,000 kes) akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.

Penggunaan Implant Norplant tidak mampu menghalang daripada jangkitan penyakit kelamin. Penggunaan Implant Norplant hanyalah bertujuan untuk merancang kehamilan semata-mata.

Bagi wanita yang tidak sesuai menggunakan Implant Norplant, masih terdapat cara-cara lain bagi mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang. Anda perlu berbincang dengan doktor  agar dapat memastikan kaedah yang digunakan bersesuaian dengan diri anda.

Rujukan

http://www.pranaindonesia.com?/html/implant.htm

Risalah "Contraceptive Methods", oleh Health Education Division, Ministry of Health Malaysia, T/P & P: 22/2001 But. 1 (100,000)

Risalah "Towards A Happy Family", oleh Health Education Division, Ministry of Health Malaysia, T/P & P: 22/2001 But. 2 (100,000)
 

Pengumuman: Saya ingin menjemput anda menambah pengetahuan dalam bahasa Melayu dengan melayari dan menyumbang bahan di :- http://ms.wikipedia.org/wiki/Main_Page

 Pelatihan Penyembuhan Prana

Maklumat yang diberikan ini hanyalah untuk makluman sahaja. Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenal-pasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian.

Fight Spam! Click Here!
okilnomwnvhnfzsmwqppvjmvgudwnkymejcgollzlbxehhkbxwosjxlshaeanlvacqgetxkotjbwpiubwvajszmulgmpdesvpdgpv

1