Pelatihan Penyembuhan Prana

 


 
 

Kaedah Diafram
Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong

 
 
 
 

(Tidak sesuai untuk dibaca oleh mereka yang berusia bawah
dari 15 tahun.  Baca atas tanggungan sendiri. )























Maklumat yang diberikan ini hanyalah untuk makluman sahaja. Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenal-pasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian.
 
 









Kaedah Diafram

Kaedah-kaedah pencegah kehamilan merupakan satu keperluan penting bagi merancang saiz dan masa yang tepat untuk mendapatkan anak. Ini adalah penting terutama bagi mereka yang baru bersalin atau mempunyai masalah kesihatan mengandung untuk mengelak dari mengandung. Salah satu cara mencegah kehamilan adalah dengan penggunaan diafram.

Diafram merupakan satu bekas berbentuk separuh bulatan yang diperbuat daripada getah. Diafram digunakan dengan diletakkan pada pintu rahim (uterus) dan bertindak untuk menghalang sperma daripada memasuki uterus. Sebagai langkah tambahan bahan pembasmi sperma "Spermisida" turut digunakan bersama untuk meningkatkan lagi keberkesanannya.

Doktor perlu memeriksa saiz pelvik untuk menentukan saiz diafram. Terdapat pelbagai saiz diafram untuk disesuaikan dengan wanita tersebut dan diafram boleh dibiarkan selama enam jam.

Diafram boleh dipasang oleh pengguna sebelum melakukan hubungan kelamin. Diafram tidak boleh ditinggalkan di dalam faraj lebih daripada 24 jam selepas digunakan kerana dikhuatiri boleh mendapat Sindrome Kejutan Toksik "Toxic Shock Syndrome (TSS)".

Selepas dikeluarkan, diafram perlu dicuci dengan teliti dengan menggunakan sabun dan air untuk memastikan kebersihannya. Selepas dicuci, diafram boleh digunakan semula.

Penggunaan diafram semata-mata tidak bergitu berkesan, tetapi penggunaan diafram dengan bahan pembasmi sperma "Spermisida" mampu meningkatkan lagi keberkesanannya. Dianggarkan sebanyak 6 peratus kehamilan akan berlaku jika diafram digunakan dengan betul dan konsisten.

Penggunaan diafram tidak mampu menghalang daripada jangkitan penyakit kelamin. Penggunaan diafram hanyalah bertujuan untuk merancang kehamilan semata-mata.

Bagi wanita yang tidak sesuai menggunakan diafram, masih terdapat cara-cara lain bagi mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang. Anda perlu berbincang dengan doktor  agar dapat memastikan kaedah yang digunakan bersesuaian dengan diri anda.

Rujukan

Risalah "Contraceptive Methods", oleh Health Education Division, Ministry of Health Malaysia, T/P & P: 22/2001 But. 1 (100,000)

Risalah "Towards A Happy Family", oleh Health Education Division, Ministry of Health Malaysia, T/P & P: 22/2001 But. 2 (100,000)
 
 


 Pelatihan Penyembuhan Prana

Maklumat yang diberikan ini hanyalah untuk makluman sahaja. Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenal-pasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian.
 


Pengumuman: Saya ingin menjemput anda menambah pengetahuan dalam bahasa Melayu dengan melayari dan menyumbang bahan di :- http://ms.wikipedia.org/wiki/Main_Page

Fight Spam! Click Here!
swcraczuuurwhyzdndfbjdgkxfpdrdyqykcnedudizzupnpcylexjupfawmqqhwyscdlfiepnswbfweffhuofctsneiliualnfiewcv

 

 

1