Solusi Masalah Anak - Anak Tidak Mau Sekolah - Anak Hiperaktif - Anak Kurang Cerdas

 

Tahukah anda bahawa kedudukan rahim mempengaruhi kesuburan anda? Dialih-bahasa oleh Nini Hadi

 Tanda-tanda rahim terbalik
 Rawatan Pembedahan/Prosedur ventro-suspension
 Kaedah rawatan rahim terbalik
 Kebaikan Pembedahan Up-lift
 Persediaan sebelum pembedahan
Risiko-risiko prosedur ini

bayi sedang tidur RAHIM TERBALIK & KETIDAKSUBURAN.

Tahukah anda bahawa orang wanita kedudukan rahimnya lazimnya terletak mencondong ke hadapan. Keadaan ini adalah normal. Tetapi 20% daripada kaum wanita kedudukan rahimnya tidak normal iaitu rahimnya condong ke belakang yakni rahimnya terbalik. Keadaan ini juga dikenali sebagai “tipped uterus”, “retroverted uterus” atau “tilted uterus” dalam bahasa inggeris.



Tanda-tanda yang menunjukkan anda mempunyai rahim terbalik.

Kebiasaanya keadaan ini sebenarnya tidak perlu dibimbangkan jika ia melanda diri anda. Sebagaimana sesetengah orang menulis dengan tangan kiri, begitu pula orang dengan rahim terletak ke belakang, posisinya sahaja berbeza.

Cuma sekali-sekala ia boleh meninggalkan kesan sampingan kepada anda.

Gejala-gejala berikut boleh melanda wanita yang mempunyai rahim yang terbalik:

1.Sakit sewaktu bersama.
Sewaktu mengadakan hubungan seks, isteri mengalami kesakitan apabila zakar suaminya terkena bahagian pintu rahim ,“cervix” atau bahagian rahim, “uterus” lantaran kerana kedudukan rahimnya yang terbalik. Dalam terminologi medikal ia dikenali sebagai “collision dyspareunia”. Ia disebut sebagai “dis-pa-roon-ia”.

2. Rasa sakit semasa haid
Semasa kotor, mereka merasa kesakitan di bahagian rahim dan sekitar pinggang. Terminologi medikal untuk keadaan ini pula ialah “dysmenorrhea” yang disebut “dis-men-or-ia”.

3. Sakit pinggang yang kronik.
Terdapat jutaan wanita yang mengidap sakit pinggang yang kronik. Kira-kira 10% wanita yang mengunjungi klinik pakar sakit puan mengadu sakit pinggang. Rumusan terakhir yang boleh dibuat oleh pakar sakit puan jika ia tidak berpunca dari sebab-sebab yang lain adalah sakit pinggang yang kronik datangnya daripada kedudukan pinggang terbalik.

Kebanyakan wanita sebegini dilahirkan semulajadi dalam keadaan begini. Tetapi adakalanya rahim menonggeng ke belakang disebabkan oleh sawang-sawang yang terbentuk akibat trauma atau pertumbuhan luar biasa di bahagian dalam organ-organ peranakan - “pelvic adhesions”; “endometriosis” atau trauma selepas bersalin.

Ramai wanita sebenarnya tidak mengetahui mereka mengalami gejala rahim terbalik kerana ia boleh dialami tanpa apa-apa kesan tanda-tanda pada diri anda. Kalau keadaan ini berlaku cara yang terbaik adalah untuk membuat ujian “pelvic examination” ataupun membuat ujian scan melalui bahagian faraj yang mampu melihat ke dalam uterus. Dengan itu kedudukannya boleh diketahui dengan jelas.

 
Pembedahan “up-lift” / “ ventro-suspension”.

Prosedur “up-lift” atau ventro-suspension, adalah satu pembedahan mudah yang melibatkan pemendekkan serta pemanjangan ligamen-ligamen uterus supaya ia dikembalikan ke kedudukan yang betul.

Prosedur ini melibatkan teknologi “laparoskopi” yang mana hirisan yang kecil di perut disertai memasukkan teropong laparoskopi ke dalamnya. Ia merupakan surgeri ringkas sehari sahaja yang mana tanpa perlu bermalam di hospital.

Menurut penyelidikan, kaedah ini sangat berkesan untuk menghilangkan rasa sakit yang berpanjangan dari kembali lagi.

Kaedah rawatan lain untuk merawat rahim terbalik.
Sekiranya anda mengalami kesakitan disebabkan oleh rahim terbalik sewaktu haid ataupun sewaktu bersama selain dari pembedahan “uplift” ini terdapat juga cara-cara yang lain yang boleh dilaksanakan iaitu seperti berikut.

1. Ubat tahan sakit
Terdapat berbagai jenis ubat yang berjenama di pasaran dan boleh memberi kelegaan untuk sementara waktu untuk simtom ini.

2. Menukar posisi yang digunakan sewaktu mengadakan hubungan seks
Sekiranya suami-isteri mengubah posisi seks ini membolehkan uterus berubah posisinya, dengan itu boleh melegakan kesan rasa sakit sewaktu bersama.

3. Pessary
Satu alat yang kelihatan seperti sebentuk cincin pada bahagian luar alat pencegah hamil “diaphragm” diletakkan di dalam faraj. Tujuannya untuk mengubah posisi uterus dan menyokong ia ke kedudukan yang betul.
Ia terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Alat ini perlu dimuatkan oleh seorang doktor dan ia perlu kerap dikeluarkan serta dibersihkan kerana jika tidak jangkitan kuman atau permasalahan lain boleh berlaku. Tetapi penggunaannya boleh mengganggu nikmat hubungan seks.

4. Hysterectomy
Cara ini perlu dilaksanakan jika kesakitan yang dialami adalah amat teruk dan tiada jalan lain. Ia merupakan satu jenis pembedahan buang rahim. Tetapi jikalau anda masih mempunyai keinginan untuk beranak lagi kaedah ini tidak sesuai dilakukan sama sekali.

Doktor anda akan membincangkan kaedah-kaedah yang boleh anda pilih sebelum anda terus membuat keputusan untuk memilih membuat apa-apa rawatan.

 

Kebaikan Pembedahan Uplift.
   -Ia boleh menghapuskan terus rasa sakit pingggang yang kronik dari berulang lagi.

   -Lagi satu kebaikan prosedur ini ialah ia dilakukan dengan hirisan yang kecil pada perut dengan alat dipanggil laparoskopi dan     pesakit dianggap sebagai pesakit luar i.e. mereka tidak perlu bermalam di hospital. Ia cepat dan tidak merumitkan. Tempoh     sembuh adalah singkat berbanding surgeri yang berat.

   -Pembedahan ini berlainan pula dengan hysterectomy kerana ia masih boleh membenarkan pesakit mengandung walaupun             setelah dibedah kerana ia tidak membuang organ peranakkan.


   
Apakah persediaan yang perlu anda lakukan sekiranya membuat pembedahan ini.

Berikut adalah persediaan yang anda akan lalui jika membuat prosedur uplift secara umumnya . Rujuklah pakar anda untuk penerangan teliti.

Sebelum surgeri: Pada kebiasaanya doktor akan memberi penjelasan mengenai prosedur yang akan dilakukan, termasuklah peraturan pemakanan dan minuman, serta masa untuk hadir sebelum pembedahan. Ikutilah peraturan dengan betul.

Sewaktu surgeri: Surgeri ini biasa dilakukan macam pesakit luar pergi ke hospital, tak perlu bermalam. Akan tetapi ia memerlukan pesakit dikenakan bius.

Sewaktu surgeri pesakit akan dipotong dengan hirisan-hirisan kecil di bahagian perut, kemudian doktor akan memasukkan peralatan surgeri / laparoskopi untuk melihat bahagian dalam organ dan melakukan prosedur uplift itu.

Jahitan “suture” akan memegang rahim ke atas , sambil itu ligamen lain akan dipendekkan untuk meletakkan rahim di kedudukan yang betul.

Tempoh surgeri ini bergantung samaada ia dilakukan sendirian atau bersama pembedahan lain.

Selepas pembedahan hirisan akan dijahit balik dan ditutupi pelekat “adhesives” khusus untuknya. Selepas sedar dari bius pesakit akan dibenarkan pulang kalau tiada apa-apa masalah sampingan timbul serta mereka akan diberitahu tentang penjagaan rapi selepas pembedahan dan juga menangani kesakitan selepas pembedahan.

 

 

Home       Servis di klinik

Selepas, pembedahan: Doktor anda akan memberitahu anda tentang peraturan yang mesti dilakukan untuk merawat luka selepas bersalin dan apa yang perlu diambil perhatian sekiranya berlakunya tanda-tanda membimbangkan.

Selepas surgeri pesakit biasanya mengalami kesakitan akibat luka pembedahan jadi dalam kebanyakan kes, ubat tahan sakit diberi makan. Kalau kesakitannya tidak berkurangan suntikan bius akan diberikan pada luka pembedahan sewaktu lawatan susulan berjumpa doktor. Anda boleh kembali bekerja dan melibatkan diri dalam aktiviti harian selepas beberapa hari.

Anda boleh mengadakan hubungan seks bersama suami selepas satu bulan.

Sekiranya anda mempunyai persoalan anda perlu bertanya doktor anda dengan lebih lanjut. Pesakit biasanya akan disuruh berjumpa doktor 7-10 hari selepas pembedahan untuk rawatan susulan pembedahan.

Risiko-risiko prosedur ini.
Terdapat risiko-risiko yang boleh timbul sewaktu menjalani pembedahan ini.

1. Kesan tindak-balas dengan ubat bius
2. Jangkitan kuman
3. Pendarahan
4. Kerosakan pada organ lain

Kebanyakan komplikasi yang timbul jarang-jarang berlaku. Kebanyakan boleh diselesaikan sewaktu surgeri.

Sakit di kawasan pinggang bukan sesuatu yang normal dan anda perlu berjumpa dengan seorang doktor. Pastikan anda memberitahu doktor serta juru-rawat bahawa anda mengalami kesakitan di bahagian pinggang.

Lawatlah www.inletmedical.org untuk penjelasan lanjut.


Kursus Penyembuhan Prana

Tasbih Karomah

Pancarkan Aura Pengasihan