Solusi Masalah Anak - Anak Tidak Mau Sekolah - Anak Hiperaktif - Anak Kurang Cerdas

 

 

Buah dada kendur.

Soalan

Assalamualaikum wbt.

Saya seorang wanita, berusia 31 tahun, ketinggian 152 cm anggaran berat badan (kini) 46 - 48 kg (sering turun naik), telah berkeluarga dan mempunyai 3 orang cahaya mata, 7, 3 dan 1 1/2 tahun. Berkulit cerah, sederhana menarik tetapi apabila bertemu dengan orang yang baru saya kenali, biasanya mereka tidak menyangka bahawa saya telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak.

Masalah saya adalah mengenai payudara saya yang bagi saya besar dan kendur sekiranya dibandingkan dengan fizikal saya yang berangka kecil. Ini membuatkan payudara saya seperti orang tua. (Untuk makluman Doktor, ketika sebelum berkahwin berat maksima saya adalah 56 kg). Ini sering membuatkan terjadi perselisihan faham antara saya dan suami sejak 8 tahun lalu usia perkahwinan kami dan katanya merupakan punca kepada keserabutan fikirannya. (Tetapi alhamdulillah perkahwinan ini masih mampu bertahan lagi yang saya kira tidak tahu sehingga bila).

Doktor, masalah kekenduran payudara saya ini saya mula rasai perbezaannya dengan wanita lain ketika berumur dalam lingkungan 20- 23 tahun. Saya tidak tahu apa puncanya dan kini saya telah banyak kali mencuba pelbagai cara untuk menegangkan payudara saya tersebut tetapi masih tidak berjaya dan ia masih kelihatan leper dan ke bawah.. Saya telah mencuba pakaian dalam wanita (Beautiful - yang mempunyai far infra red), dan juga pemakanan untuk kecantikan payudara wanita (beberapa jenama telah saya cuba termasuk perubatan homeopati) dan juga menggunakan krim untuk sapuan. Tetapi bentuknya masih kendur dan melondeh. Ini menyebabkan saya hampir putus asa dan amat kecewa. Lebih-lebih lagi apabila kerap menjadi perselisihan antara saya dan suami.

Saya amat berharap nasihat Doktor agar tolonglah masalah saya ini.

Jawapan

Syukurlah puan telah dikurniakan tiga orang anak rupa yang cantik serta badan yang sihat. Kita inginkan perkara yang terbaik bagi diri kita. Bagi wanita ingin jadi cantik dan anggun dan berdada bidang pinggang ramping dan menarik atau menawan apabila dipandang lelaki. Masalah puan bukanlah satu masalah besar. Ramai yang mempunyai masalah yang lebih teruk lagi. Mungkin muka yang tak secantik seperti puan. Ada juga yang berkahwin yang tidak hamil dan melahirkan anak. Puan jangan terlalu memikirkan dan membandingkan dengan wanita lain yang mempunyai dada bidang dan payudara yang besar. Mungkin keadaan payudara puan juga disebabkan oleh penurunan berat badan daripada 48kg kepada 46kg. Dalam masa lapan tahun yang lepas.Satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah agar puan menerima hakikat dan tidak memikirkan selalu tentang masalah ini. Tetapi ada juga jalan lain untuk membesarkan dan mencantikkan payu-dara.

Di antaranya melibatkan pembedahan untuk menaikkan atau membesarkan buah dada. Satu lagi cara ialah dengan pembedahan dengan memasukkan silikon gel. Kaedah-kaedah ini hanya pembedahan ini hanya oleh dilakukan doktor pakar kosmetik. Terdapat banyak doktor-doktor pakar kosmetik yang membuat pembedahan seperti ini untuk membaiki, membesarkan dan mencantikkan buah dada. Tetapi melibatkan kos yang sederhana tingginya. Puan boleh berunding dengan doktor-doktor pakar bedah kosmetik yang banyak terdapat di sekitar Lembah Kelang. Walau demikian sebelum puan mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan seperti yang saya ceritakan tadi puan juga patut berbincang dengan suami serta mendapat persetujuannya dan elok juga berbincang dengan Ustaz yang boleh runding puan tentang hukum-hakam ugama kerana dalam pembedahan kosmetik ini yang mana ia bukan tujuan untuk menyembuhkan satu penyakit penting objektif utama betul. Tujuan untuk melakukan pembedahan itu adalah bertujuan membaiki hubungi perkahwinan suami-isteri. Jika puan telah betul-betul tentukan tiada niat untuk menjalani pembedahan ini bagi menarik perhatian lelaki lain.

Sekian harap maklum.

Balik ke index     Home

 
     

Kursus Penyembuhan Prana

Tasbih Karomah

Pancarkan Aura Pengasihan