Solusi Masalah Anak - Anak Tidak Mau Sekolah - Anak Hiperaktif - Anak Kurang Cerdas

 

Alamat: Klinik Dr. Hamid Arshat
75M Medan Setia Satu, Plaza Damansara,
Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur,
Malaysia


masa pejabat | telefon | faks | e-mel | kaunseling
x-ray, papsmear, ultra-sound scan, ujian air mani
rawatan sakit puan, ketidaksuburan, kehamilan

Masa Pejabat                               
Isnin - Jumaat                    Sabtu
    09:00am  - 12:30pm;              09:00 am - 01:00pm
    02:30p.m - 05:00pm      Ahad & cuti am tutup
Untuk temujanji berjumpa Dato' Dr. Hamid Arshat TELEFON 2-3 MINGGU TERDAHULU SEBELUM TARIKH YANG DIINGINI DAN BUAT TEMUJANJI.
Telefon temujanji:
                 
603- 20945800

                 603-20945262
                 603-20941115

Faks: 603-20949402 :
E-Mel: DR. HAMID ARSHAT/ NINI HADI

1 . Kaunseling serta nasihat untuk masalah kesihatan wanita dan masalah ketidaksuburan, nasihat perancangan keluarga, 

 Kebanyakan pesakit datang dari segenap ceruk rantau  untuk menyelesaikan masalah mereka. Kebanyakan  masalah adalah berkenaan ketidaksuburan dan masalah  wanita di bahagian peranakan. Masalah perancangan  keluarga, masalah di kamar tidur, masalah kesihatan wanita  banyak diutarakan sewaktu berjumpa dengan doktor.

 Kes suami-isteri susah dapat anak setelah berkahwin lama.
 Kedua-dua suami dan isteri digalakkan datang pada kali  pertama kerana doktor perlu memastikan yang kedua-dua  pesakit diperiksa olehnya dalam kes ketidaksuburan. 30%  adalah berpunca dari ketidaksuburan lelaki, jadi ia perlu  dikenalpasti awal-awal lagi.

 Doktor Hamid banyak menggunakan kaunseling pasif dan  banyak memberi peluang kepada pesakit memberitahu  masalah mereka. Kemudian kebanyakan kes diselesaikan  mengikut pengalamannya yang luas. Terkadang beliau akan  bertanya soalan peribadi untuk mendapat maklumat untuk  menolong beliau menyelesaikan masalah.

 Memandangkan masanya terhad dan pesakitnya ramai, beliau  terpaksa mengorbankan masa kaunseling atas kehendak  berjumpa dengan ramai orang yang kepingin untuk mendapat  rawatannya. Alhamdulillah berkat pengalaman beliau yang  luas, kebanyakan pesakit beliau berpuas-hati dengan hasil  yang beliau berikan, walaupun tidak mendapat masa yang  panjang untuk berbual dengannya. Termasuk diri saya, : + }.

atas

2. Pemeriksaan X-ray,ujian scanning, ujian pap smear dan ujian air mani

 Ujian seterusnya pemeriksaan alat kelamin wanita. Ia terbahagi  kepada tiga jenis:

 1. Ujian "vaginal scanning" biasanya dialkuakn pada sesi  pertama atau selepas bersalin dan juga untuk mengesan  penyakit, scan melalui faraj yang mana satu alat akan  dimasukkan ke dalam faraj wanita sudah berkahwin, dan gambar  "scan" akan dipaparkan pada screen kecil untuk pemerhatian.  Tujuan ia dilakukan ialah untuk mengenalpasti dengan lebih  mendalam punca masalah yang dihidapi pesakit. Scan ini boleh  mengenal pasti kedudukan rahim sama ada normal atau tidak.  Fibroids, cysts pada ovari, endometriosis, endomeriotic cysts  insyaaalh semua dapat dikesan oleh Dr. Hamid.
 2. Ujian "ultra-sound", pula dilakukan untuk kebanyakan kes  selepas rawatan pertama. Satu alat diletakkan di atas perut  pesakit untuk mendapat gambaran dalaman di dalam sistem  peranakan pesakit. Terdapat juga scan dilakukan untuk melihat  di dalam buah pinggang, limpa untuk melihat kesihatannya.  Sekiranya ada mununjukkan kesan negatif, pesakit dirujuk  kepada pakar yang lain untuk rawatan lanjut.
3. Pihak wanita pula juga perlu menjalani X-ray  hysterosalpingogram untuk mengetahui samaada tiub  fallopiannya dan kilang telurnya rosak atau tidak.
4.Ujian air-mani dilakukan terhadap suami bagi masalah  ketidaksuburan dari awal-awal lagi kerana masalah lelaki adalah  yang paling mudah dikenalpasti. Contoh air mani diambil dan  dibubuh dalam petri dan akan diperiksa kualitinya. Kalau rserius  beliau perlu dirujuk kepada seoarang pakar urologist untuk  rawatan selanjutnnya. Kalau kurang serius dia akan diberi ubat  untuk memperbaiki mutu spermanya.

atas

3. Obstetrik & Gynekologi / Rawatan untuk ketidaksuburan, kehamilan dan  masalah puan

 Oleh kerana rawatan banyak ditumpukan kepada tiga jenis  kategori iaitu:

 1. Masalah ketidaksuburan
 2. Kehamilan dan Bersalin
 3. Masalah sakit puan

 Untuk Masalah sakit puan, ubat-ubatan dan pembedahan  adalah cara menangani kes-kes ini. Nasihat mengenai cara  gaya hidup pun diberi untuk meningkatkan kesedaran pesakit  tentang pentingnya memakan vitamin-vitamin,  dan ubat- ubatan yang boleh membantu mereka.

 Contohya sekiranya wanita putus haid doktor mencadangakan  perubahan gaya hidup, wanita perlu lebih aktif untuk  menstimulasikan otak kerana umur ini banyak hormon asecara  semulajadi hilang. Doktor mengalakkan pemakanan seperti  yang kaya dengan unsur eostrogen seperti keledek dan labu  merah. Pil hormon dan krim hormon diberi dan kesedaran  tentang perlunya wanita berfikiran terbuka untuk mencuba  kaedah baru untuk menghadapi masalah di kamar tidur yang  semakin merumitkan akibat ketandusan hormon.

 Untuk kes berat seperti fibroid yang besar dan menyebabkan  pendarahan yang banyak maka pada kebiasaanya doktor  mencadangakn pembedahan terutama kalau peluang untuk  mengandung tiada langsung.

 Begitu pula untuk masalah ketidaksuburan, kebanyakan  rawatan ialah bersama-sama. Suami perlu diperiksa sama ada  air maninya sihat. Kalau tidak beliau perlu pergi ke pakar  sakit tuan untuk kes yang serius, dan kes yang ringan ubatan  akan diberikan kepadanya, seterusnya pasangan diberi ubat  subur dan digalakkan cuba untuk tiga kali menggunakan  kaedah semulajadi.>> sambungan, Kalau tidak berjaya barulah beberapa jenis  prosedur atau pembedahan akan disarankan kepada pesakit  bergantung kepada keadaan. Jenis-jenis prosedur dan  pembedahan akan diterangkan selepas ini.

 Akhirnya rawatan untuk ibu mengandung yang mana pada setiap  lawatan wanita akan menjalani ujian air kencing, ujian tekanan  darah, ujian ultra-sound di bahagian luar perut.

 Ujian air kencing diambil untuk memantau kemungkinana  berlakunya kencing manis yang boleh menyebabkan ibu terpaksa  masuk hospital sekiranya terlalu tinggi. Kencing manis boleh  berlaku ketika hamil dan boleh memudaratkan ibu yang  mengandung.

 Tekanan darah sangat penting diambil untuk memastikan ia  berada di tahap yang normal. Kalau darah tinggi  membimbangkan pesakit akan terus dimasukkan ke hospital.  Toxemia kehamilan boleh berlaku kalau ianya tidak dipantau dan  menyebabkan kematian ibu atau anak.

 Ujian ultra-sound pula untuk melihat perkembangan bayi dalam  perut sama ada sihat ataupun tidak. Banyak komplikasi boleh  timbul sewaktu tumbesaran berlaku jadi pemerhatian yang rapi  perlu dilakukan.

 Ujian darah juga dijalankan pada peringkat ini untuk  memastikan bahawa ibu tidak mengidap apa-apa penyakit atau  jangkitan kuman yang merbahaya. Tujuannya juga untuk  memantau keguguran yang boleh berlaku atau kecacatan pada  bayi.

 Sehingga pesakit bersalin, rawatan ini diteruskan. Doktor Hamid  yang akan menyambut bayi itu sendiri bila ia lahir kelak.

  atas

ke atas       Home

 
 

 

Kursus Penyembuhan Prana

Tasbih Karomah

Pancarkan Aura Pengasihan