Solusi Masalah Anak - Anak Tidak Mau Sekolah - Anak Hiperaktif - Anak Kurang Cerdas

 

Klik Sini untuk gambarajah - ringkasan rawatan-rawatan yang diperlukan

Punca
| penerangan tentang jenis-jenis prosedur | Glossary |

Ramai tidak menjangkaan diri mereka tidak akan mendapat masalah kesuburan selepas kahwin. Tetapi bila ia berlaku kebanyakan orang tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya tidak mandul tetapi sebenarnya mereka dilanda oleh pelbagai jenis penyakit yang menyebabkan persenyawaan tidak berlaku.

Punca suami-isteri tidak subur.

1. Suami- isteri :

2. Suami, sperma suami rendah, tidak sihat ataupun tiada langsung

3. Suami mati-pucuk

4. Suami mengalami ejakulasi pramatang

5. Isteri :

i.       Isteri daranya tebal
ii.      Tiub Tersumbat  /  Blocked Tubes
iii.     Telur Bengkak tak keluar  /  Polycystic Ovarian Syndrome / P.C.O.
iv.     Rahim jatuh ke belakang /  retroverted uterus
v.      Penyakit rahim /  Endometriosis
vi.     Kerap gugur  /  Missed Abortions (rahim tak kukuh)
vi.     Rahim terkena jangkitan kuman sebab kerap menggugurkan fetus/anak             tanpa sebab yang munasabah waktu dahulu
vii.    Faraj isteri alah pada sperma suami (jarang berlaku)
viii.   Rahim terlalu kecut /  Atrophic uterus
ix.     Kuman Toxomasplosis menyebabkan keguguran

 

6. Tiada sebab langsung.

 

atas

 

Masalah kesuburan ini adalah tanggungjawab bersama dan merupakan dugaan rumah-tangga. 35% adalah disebabkan penyakit oleh suami, 35% lagi ialah oleh penyakit isteri, 5% sama-sama dilanda penyakit. 20% lagi tidak diketahui puncanya serta 5 % lagi mandul.

Jadi anda mempunyai 70% untuk hamil kalau anda merawat penyakit ini awal.

Di klinik Dr. Hamid Arshat lebih 85% pesakit hamil selepas melalui rawatan.

 

Penerangan tentang sebab berlakunya masalah kesuburan serta cara rawatan

1. i)           Libido rendah/ Phobia
Sesetengah suami ataupun isteri mengalami stress sehingga menyebabkan mereka tiada nafsu untuk melakukan hubungan seks. Akibat tekanan kerja, rumah-tangga , keluarga dan sebagainya nafsu syahwat mereka terjejas dengan teruk sehinggakan menyebabkan mereka tidak bernafsu. Ada sesetengah pihak mengalami kesan psikologi yang mendalam akibat peristiwa seks yang lepas yang menyebabkan dia merasa bersalah, bingung dan konfius. Usaha mengatasinya adalah dengan mengubah cara pemikiran, bersifat positif, mengamalkan riadah serta membanyakkan ibadat pada Allah. baca e-melnya .

Dalam kes ini kebanyakan kes phobia melanda wanita. Mereka mengalami kesan psikolgi yang mendalam sehinggkan menolak ajakan suami untuk bersama. Dalam banyak kes suami akhirnya akan mengalami stress dan libidonya menjadi rendah. Ada yang terdesak serta berkahwin lain lantaran untuk mendapat layanan batinnya. Dalam kes ini walaupun phobia isteri adalah sangat nyata bagi dirinya tetapi dia tak boleh terlalu mengikut perasaan. Dia perlu menjalani kaunseling dan menghentikan dolak-dalihnya kalau mahu mendapat kerestuan suami di dunia dan akhirat. Kalau menurut rawatan dari sudut islam, si-isteri sedang melayani bisikan iblis supaya takut dan tidak melayan kehendak suami. Dalam kes ini kalau berpanjangan tanpa usaha mengatasinya, dia akan menjadi derhaka pada suami. Selalunya doktor Hamid akan melakukan surgeri Fenton untuk melonggarkan selaput daranya untuk meredakan kesan psikologinya. Tetapi masih ramai mengikut phobianya sehinggakan selepas pembedahan pun apabila diletakkan satu jari dalam rahim, pesakit akan menjerit dan meracau.

Rawatan:
1. Untuk masalah ini pasangan perlu merujuk pakar psikoterapi untuk menjalani kaunseling dan mengubah gaya hidup.

2. Isteri boleh melakukan pembedahan Fenton.

1.ii)           Suami-isteri tak serasi darah
Setengah suami-isteri darah mereka tidak serasi/ blood incompatible. Pada zaman dahulu sesetengah keluarga menyuruh bakal menantu
menjalani ujian keserasian darah. Tapi jarang suami dan isteri dilanda fenomena darah tak serasi ini. Kalau nak lakukan boleh pergi ke
mana-mana pusat BP Lab dan lakukan ujian keserasian darah.

 

atas

 

2.             Sperma rendah
Di awal peringkat ujian suami dikehehendaki melakukan ujian sperma / semen analysis test. Sila rujuk gambarajah. Sekiranya suami tiada
masalah maka isteri akan dirawat seterusnya. Jika tidak ujian sperma suami rendah serta tidak berkualiti. Kes ini dipanggil azoopsermia serta
oligoospermia. Biasanya jumlah sperma kurang dari 20 juta ataupun kosong serta bergerak lambat.

Suami perlu memakan ubat hormone yang tertentu yang disyorkan pakar sakit puan atau merujuk pada pakar urologis. Dengan pakar
suami boleh menjalani ujian untuk melihat sama ada tiub tersumbat, serta melakukan BIOPSY atas nasihat pakar.

Biasanya kalau pesakit lelaki mempunyai sperma rendah maka dia perlu

i.    mengambil anti-biotik ( atas nasihat doktor)
ii.   mengambil supplement anti-oksidan, seperti Vitamin E, Vitamin C
iii.  Ambil hormon testorone

Rawatan:
1. Lakukan Prosedur Ujian Penyemaian Berhadas / Intra-uterine insemmination / IUI. selama 3 kali (rehat 3 bulan antara setiap prosedur).

2. Kalau masih tak berjaya, rehat dahulu kemudian untuk lakukan Prosedur In-vitro Insemmination- ICSI (IVF.- ICSI).

3. Kalau masih tak berjaya selepas 10 tahun timbang untuk ambil anak angkat. (Ada segelintir pesakit mendapat anak selepas mengambil anak angkat).

        

atas

 

4.         Suami mati-pucuk / erectile dysfunction.
Sesetengah lelaki tidak mempunyai daya regangan pada organ sulitnya. Bila ini berlaku suami-isteri tidak dapat bersama. Kebanyakan berpunca dari tekanan dan kesan psikologi yang mendalam dari peristiwa yang lepas. Cara untuk mengatasinya ialah dengan menjalani kauseling supaya dapat mengatasi tekanan perasaan. Suami perlu jua menjaga kesihatan mentalnya dengan banyak mengamalkan pembacaan tentang cara membaiki diri
melalui pembacaan buku motivasi, mengamalkan riadah, Meningkatkan ibadat memaafakan diri sendiri. Sokongan isteri adalah mustahak dan isteri digalakkan untuk bersifat sabar serta memahami kekurangannya.
Baca emelnya.

5.         Suami ejakulasi pra-matang
Berlainan dari mati pucuk, dalam kes ejakulasi pra-matang organ sulit suami boleh tegang tapi dia akan mengeluarkan air-mani dengan cepat. Apabila dia terangsang dia terus terpancut air-maninya sebelum boleh memasuki isterinya.

Bila suami mempunyai masalah maka peluang untuk hamil menjadi makin rendah. Namun berkat usaha dan kepercayaan masih ada pasangan yang berjaya hamil. Jadi jangan berputus-asa.

 

Sekarang ini saya akan membincangkan tentang penyakit dan punca-punca isteri tak boleh mengandung.

6.       Dara yang tebal.
Berlainan dari phobia dara yang tebal adalah selaput dara / hymen yang lebih tebal dari yang biasa dialami wanita. Akibatnya pesakit mengalami kesakitan yang lebih dari biasa apabila cuba melakukan hubungan seks pada malam pertama. Ini boleh menyebabkan timbulnya phobia iaitu takut untuk bersama suami lantaran takut sakit.

 

Glossary
IVF-ICSI
Sejenis pembedahan yang mahal, anggaran dari RM10,000 ke atas serta risiko kejayaan pun rendah. Sekitar 30%. Isteri akan mengambil suntikan
hormon dan dikehendaki mengikut jadual tertentu supaya telur yang terbaik dapat dikeluarkan melalui pembedahan. Air-mani suami akan
diambil serta sperma yang paling elok akan diambil dan disenyawakan di dalam alat petri dengan jarum khas pipette. Bila persenyawaan berlaku
gamette itu akan dimasukkan ke dalam rahim wanita balik semula.

Perkhidmatan IVF / IVF -ICSI http://www.IVFDamansara.com.my emel Encik Shamsul

Ujian penyemaian Berhadas / IUI.
Cara melakukan persenyawaan telur di mana suami dikehendaki mengeluarkan air-mani secara masturbasi. Air-mani yang ditapis akan dimasukkan
menggunakan intra-uterine (IUI.) cannula yang berbentuk seperti jarum suntik plastik yang bipis dan panjang. Air mani disuntik ke dalam faraj sambil pesakit perempuan baring di atas katil khas. Selepas itu pesakit akan baring selama 20 minit hingga setengah jam.

Ujian sperma / semen analysis
Sperma suami perlu dianalisa supaya diketahui kualiti spermanya. Sama ada sedikit atau tak cergas. Sila rujuk gambarajah untuk tipsnya

Dalam proses kemas-kini ..

Home

 

Kursus Penyembuhan Prana

Tasbih Karomah

Pancarkan Aura Pengasihan