Solusi Masalah Anak - Anak Tidak Mau Sekolah - Anak Hiperaktif - Anak Kurang Cerdas

 

   Pak Bidan oh! Pak Bidan


  Inilah kisah perjalanan hidup seorang  insan dari Muar, Johor  bernama Dr. Hamid Arshat mengupas  persoalan hidupnya  sejak terjun masuk bidang yang  ketandusan ahli-ahli  profesional lagi berpengalaman,  khususnya dari golongan  orang-orang melayu.

  Dari sini kita akan dapat  membaca rintihan hatinya sewaktu  bertugas, dilemmanya sebagai seorang doktor lelaki merawat  wanita, pengalaman dari kacamata pesakitnya. Apabila  menyelami hati-sanubari insan berjiwa besar ini, barulah  kita dapat memahami betapa beratnya tugas yang dipikulnya  dan pelbagai pengorbanan besar yang beliau terpaksa lakukan  demi untuk memartabatkan orang islam di samping  menunaikan fardhu kifayah.

  Semoga dengan perkongsian dari hati ke hati   ini, kita  menjadi insaf   bahawa sebenarnya   kita masih perlu  berjuang banyak dalam hidup dan bersifat  gembira dengan  kelebihan yang Allah  berikan kepada sesetengah  makhluknya  melebihi dari yang lain dan dari itu kita  memperolehi manfaat yang besar oleh kerananya.   

  Tanpa kehadiran beliau kemungkinan orang-orang melayu  tidak mempunyai idola untuk  memberi inspirasi kepada  mereka untuk meneroka bidang yang dikuasai masyarakat  bukan islam. Dengan persaingan ini, ramai orang mengikut  jejak langkah beliau baik lelaki mahupun perempuan.

  Sifatnya yang sangat rajin, pemaaf, penyabar, penyayang  lagi pemurah disenangi ramai. Saya berharap dari pena  pengakuannya sendiri saudara-saudari dapat menyelami  perasaan insan berjiwa halus ini.

 Sekian,

 Nini Hadi
 Pengarang

 

  INDEKS

  Di simpang permulaan
  Dilemma Jadi Bidan
  Melatih Pakar Bidan Part I    baru
  Kuman Laptospirosus, pengalaman pesakit
  

 

   
    Home
   

Kursus Penyembuhan Prana

Tasbih Karomah

Pancarkan Aura Pengasihan