Solusi Masalah Anak - Anak Tidak Mau Sekolah - Anak Hiperaktif - Anak Kurang Cerdas

 

Pedih Ulu Hati

Pernah tak anda merasa sakit di bahagian perut tapi bila berjumpa doktor, doktor berikan ubat tapi selepas makan ubatnya sakit tak hilang?

Ramai orang tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya mengidap pedih ulu-hati kerana simtom-simtomnya seperti simtom penyakit lain. Sebagai contoh, anda mengadu semput dan boleh bernafas, rasa sesak ? Bila berjumpa doktor doktor periksa doktor periksa pernafasan- tapi tak dengar apa? Dia pun hairan, anda pun hairan.... Jadi doktor pun tak nak kelihatan tak cekap dia pun bagi ubat untuk Asthma.... tapi anda pulang, selepas cuba ubat asthma simtomnya tak hilang?

Sebenarnya masalah ini tak sepatutnya berlaku.

Hampir 65% penduduk Malaysia menghidap pedih ulu-hati tanpa mereka ketahui. Penyakit ini berlaku apabila sistem penghadaman di usus melepaskan gas gastrik ke atas dan melepasi bahagiannya yang tidak sepatutnya lantaran kerosakan pada diafram. Ia melimpahi ruang rongganya dan naik ke atas. Ini menyebabkan rasa tidak selesa, panas dan untuk kes yang teruk kesakitan yang amat sangat. Tetapi bila mereka jumpa doktor terkadang diagnosis yang diberi adalah salah. Sudah tentu ini merumitkan lagi keadaan! Sepatutnya kalau doktor tak pasti puncanya, patutlah dia merujukkan anda pada pakar bedah am. Dari situ dialah yang akan mengenalpasti dada anda semput dan sebagainya.

Rawatan sementara untuk Pedih ulu hati ialah dengan memakan ubat-ubatan anti-asid ataupun ubatan yang kandungannya beralkalin. Ia perlu dimakan untuk tempoh berpanjangan.

Untuk rawatan berkekalan pesakit perlu menjalani pembedahan laporoskopik anti refluks. Melalui kaedah ini beberapa tebukan dilakukan pada perut dan tak perlu hirisan besar. Ini merupakan teknologi baru. Alat yang digunakan adalah canggih dan kecil dan kamera digunakan untuk menyenangkan pembedahan.

Bahagian hiitus hernia, yakni bahagian diafram yang longgar akan dibetulkan. Kemudian satu injap baru akan dibuat dengan menggunakan sebahagian dari daging perut. Ini untuk menghalang asid naik ke atas.

Oleh itu pesakit boleh pulih cepat kerana luka torehan kecil. Dapatkan khidmat pakar>>

Kursus Penyembuhan Prana

Tasbih Karomah

Pancarkan Aura Pengasihan