Solusi Masalah Anak - Anak Tidak Mau Sekolah - Anak Hiperaktif - Anak Kurang Cerdas

 

GAMBAR-GAMBAR DARI SLIDE

TENTANG OVARY

 Ovary adalah perkakas penting dalam peranakan wanita. Ia mempunyai dua tugas penting;

1.        Mengeluarkan telor/benih setiap bulan untuk kesuburan wanita.

2.        Mengeluarkan hormon hormon ‘estrogen’ dan ‘progesterone’ yang penting untuk sifat sifat kewanitaan, kejelitaan dan kegharaihan seks

.

Gambarajah di atas beginilah ovary sedang cuba mengeluarkan benih.

Ini ovary yang bengkak ‘Polycystic ovary’.
Haid menjadi tidak teratur dan tidak subur.
 

Ini adalah tumbuhan atau ‘Tumour’ pada ovary,
tetapi bukan kanser.

Ini ovarian cyst, mengandungi air. Juga bukan kanser. 

Ini tumour jenis kanser pada ovari sebelah kanan gambar.

 

Ini ‘tubo-ovarian abscess’ yang mengandungi darah endometriosis
yang banyak, bercoklat dan merosakkan organ.

 

Ini ‘Endometriotic Cyst of Ovary. Mengandungi
 darah kotor saperti coklet.

 

Perut wanita ini besar saperti hamil cukup bulan.
Tetapi sabenarnya ia ‘Ovarian Cyst’ yang sangat besar.

Bebagai penyakit boleh menimpa kilang ovary, kebanyakkan adalah ‘Cyst’ yang biasanya mengandungi air, lendir, darah kotor, lemak. Dalam ‘Dermoid cyst’ diantara kandungan yang aneh ialah rambut, cartilage, gigi dan tulang.

Ada ‘cyst’ yang wujud secara sementara sahaja saperti ‘follicular cyst’ yang mengandungi air atau  ‘Corpus Luteal Cyst’ yang sering mengiringi peringkat awal kehamilan dan mengandungi darah dan lendir. Cyst tersebut biasanya tidak perlu dibedah dan boleh pecah secara spontan dan cecair diserap oleh badan.

Tumbuhan atau ‘Tumour’ pada ovary merangkumi yang ‘benign’ atau bukan kanser dan yang ‘malignant’ iaitu jenis kanser.

 Tanda tanda.

1.        Banyak kali ‘cyst’ dan ‘tumour’ pada kilang ovary dijumpai secara kebetulan, ketika wanita berkenaan sedang menjalani pemeriksaan untuk tujuan lain. Tidak ada tanda dirasai.

2.        Gangguan dalam pusingan haid saperti lambat atau tidak datang pada waktu yang di jangkakan, haid tidak teratur saperti diluar waktu haid atau ia datang sedikit sedikit tetapi berpanjangan.

3.        Mandul atau kurang subur atau berulang kali gugur.

4.        Sakit senggugut, sakit watu persetubuhan atau sakit perut tanpa mengira masa.

5.        Perut membesar tanpa hamil.

6.        Putus haid pada umur yang muda (Premature menopause)

7.        Gangguan kencing atau air besar.

8.        Dalam kes kanser ovary diperingkat lambat – hilang selera makan, susut berat badan, perut kembung, sakit pinggang dan letih lesu.

Awas jangan tunggu tanda. Buat pemeriksaan pap smear dan ujian vaginal ultra-sound setahun sekali!

Kursus Penyembuhan Prana

Tasbih Karomah

Pancarkan Aura Pengasihan