Solusi Masalah Anak - Anak Tidak Mau Sekolah - Anak Hiperaktif - Anak Kurang Cerdas

 


Home | laparoskopik rawat pedih ulu-hati
lingkaran laparoskopik rawat obesiti
 
 |  Curriculum-vitae


Pakar perunding bedah & Lapaskopik Dr. Abdul FAhmi


Seorang pakar bedah yang semakin terkenal, Doktor Fahmi orangnya periang dan suka berjenaka tetapi serius tentang bidang kerjanya.

Beliau merupakan konsultan pakar surgeri melayu di Pantai Medical Centre dan sangat mahir melakukan pembedahan rumit lagi pelbagai melalui kaedah endoskopi dan laparoskopi. Di antaranya seperti 'bariatric surgery', 'advanced laparoscopic surgery', 'gall-bladder surgery'/pembedahan batu hempedu ,'cholycystectomy' , pembedahan laparoskopik buang hempedu, 'colonscopy','anti-reflux surgery'; pembedahan laparoskopik anti-refluks, untuk pedih ulu-hati/heart-burn atau 'GERD' / 'gastro ercophyl reflexdis', 'fundo-plication', 'advanced laparoscopy for obesity; hitus hernia; bowel; ovarian', 'thoracoscopic' untuk 'hyperhydrosis'/perpeluhan yang tidak boleh dikawal, 'twisted peritoneum', 'obstetric and gynelogical surgeries' seperti 'ovarian drilling', 'cautery of endometriosis', semua jenis 'endoscopy'/pembedahan menggunakan kanta kecil, 'gastroscopy', 'pyroplasty', 'vascular anastomosis', bersunat, 'appendicectomy', 'mastectomy'/pembedahan kanser buah dada, 'parathyroidectomy', 'adrenolectomy', dan lain-lain. Pendek kata kebanyakan pembedahan di bahagian tubuh badan boleh beliau lakukan, terutama yang menggunakan teknologi endoskopi serta laparoskopi (endoscopy and laparoscopy). Teknik-teknik ini adalah teknik pembedahan tanpa potongan besar pada badan, cuma tebukan yang kecil dilakukan dan satu kamera kecil dimasukkan untuk melihat ke dalam.Trend sekarang tak memerlukan torehan besar.

Beliau juga melakukan pembedahan di Klinik Pakar Endoskopi dan Obesiti di Plaza Damansara.

Beliau mendapat pengalaman luas semasa berada di luar negeri hampir 20 tahun. Beliau selaku tenaga pengajar di Royal College of Surgeons di Ireland, Dublin dan The Imperial College School, London menjadikannya seorang berpengalaman luas dan mahir lagi disegani.

Sekarang ini beliau sering menjadi jemputan pihak media massa kerana beliau julung-julung sekali memperkenalkan surgeri lap-banding menggunakan alat skop khas untuk kes obesiti yang kronik di negara ini. Ia lebih selamat berbanding dengan surgeri 'stomache stapling' dan lain-lain.

Pembaca sekalian boleh menghubunginya tentang apa-apa kemusykilan di talian telefon : 03-20945800, 03-2094115 atau emailnya untuk temujanji dan pertanyaan. Beliau sering melakukan pembedahan di Pantai Medical Centre dan juga di Klinik di Plaza Damansara.

CURRICULUM-VITAE:

   Oktober 1982 - Jun 1988
   Mendapat Sarjana Perubatan dengan kepujian dari Royal College of Surgeons in Ireland, Dublin.

   Julai 1988 - Jun 1989
   Pegawai Perubatan di Our Lady Lourdes Hospital Ireland

   Julai 1989 - Disember 1989
   Pegawai Kasualti di James Connolly Memorial Hospital, Dublin

   Januari 1990 - June 1990
  "Primary Fellowship" dari Royal College of Surgeons di Ireland

   Julai 1990 -Disember 1990
  "Surgical SHO" untuk surgeri Cardiotorasik di St. James  Hospital, Dublin.

   Januari 1991 - Jun 1991
  " Surgical SHO" di Unit Profesor, Beaumont Hospital, Dublin.

   Julai 1991 - Disember 1991
  " Surgical SHO" di Unit Surgeri Am, Beaumont Hospital, Dublin.

   August 1992 - Julai 1993
   Register pembedahan am di Royal Alexandra Hospital, Scotland

  Julai 1993 - Jun 1994
  "Career Registrar" untuk surgeri am di Ealing Hospital, NHS Trust, Middlesex, U.K.

   Julai 1994 - Jun 1995

  "Career Registrar" untuk surgeri am di Hammersmiths  Hospitals NHS Trust, London

   Januari 1996 - Jun 1995
  " Locum Senior Registrar" untuk surgeri am di Middlesex Universiti Hospital, Middlesex, U.K.

    Oktober 1996 - September 1997
   "Senior Specialist Registrar" untuk surgeri di Hammersmiths Hospital NHS Trust, London.

   Oktober 1997 - September 1998
  "Senoir Specialist Registrar" untuk surgeri di St. Mary's Hospital  NHS Trust, London.

   November 1998 - Jun 2002
   Profesor Madya dan Timbalan Dekan di Fakulti Ubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia.

   June 2002 - sampai sekarang
   Konsultan Pembedahan Am di Pantai Medical Centre
  

atas

 
 

 

  

Kursus Penyembuhan Prana

Tasbih Karomah

Pancarkan Aura Pengasihan