Solusi Masalah Anak - Anak Tidak Mau Sekolah - Anak Hiperaktif - Anak Kurang Cerdas

 


Home  |  Perkhidmatan & Ujian-ujian di klinik  | Pembedahan  | 
 Anggaran Kos perkhidmatan klinik |resume| TEMUJANJI
 | PETA klinik dr. hamid arshat

A
lamat: Klinik Dr. Hamid Arshat, 75M Medan Setia Satu,
Plaza Damansara, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur.
Telefon : 603-20945800 / 20945262 / 20941115
Faks : 603- 20949402


Berkenalan sejenak, Dato' Dr. Hamid Arshat : oleh Nini Hadi

Bersama anak yang beliau sambut Assalamualaikumwarahmatullah. Dato' Dr. Hamid Arshat antara pakar sakit puan melayu yang terawal sekali muncul di persada perubatan Malaysia.Beliau merupakan sumber rujukan orang-ramai untuk masalah kesuburan. Doktor yang sempat saya berkenalan rapat ini seorang yang peramah bersama pesakitnya, bersifat sangat penyabar, tetapi berperibadian tegas dan berprinsip.

Bermula mendapat pendidikan asas di Johor dan kemudiannya melanjutkan pengajian peringkat sarjana di Universiti Malaya pada tahun 1970, beliau ,memperolehi MBBS di situ. Seterusnya pada tahun 1976 beliau mendapat MRCOG dari London diikuti FRCOG dari London juga pada tahun 1987. Dari situ berputiklah satu karier yang sungguh menarik yang beliau perolehi sepanjang kerjaya hidupnya menjadi seorang doktor pakar sakit puan.

Beliau pernah menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, Professor di Universiti yang sama. seterusnya beliau dilantik menjadi Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Akhirnya beliau menjadi Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluara Negara. Setelah itu beliau membuka satu klinik pakar khas, sebagai seorang konsultan untuk memenuhi permintaan yang tinggi untuk perkhidmatannya khusus untuk masalah ketidaksuburan dan masalah sakit puan. Klinik ini masih dibuka di Plaza Damansara dan melakukan pelbagai perkhidmatan.

Beliau sendiri adalah seorang ketua keluarga yang bahagia bersama isterinya Toh Puan Maimon, dikurniakan lima orang cahaya-mata rumah-tangga mereka dan tiga orang cucu yang beliau sambut sendiri ke dunia ini. Suasana rumahnya tidak pernah sepi dari disulami ketawa gurau senda anak-anak kecil , remaja mahupun yang dewasa.

atas

Kelulusan
    1. April 1970-Sept 1970
        Mendapat Sarjana Perubatan di Universiti Malaya Kuala Lumpur, Malaysia

    2. April -Sept 1970
        Pegawai Perubatan di Hospital Besar, Melaka

    3. Sept - Mac 1971
        Pegawai Perubatan di Unit Surgeri di Hospital Besar, Melaka

    4. Oktober 1972
        Pensyarah pelatih di Jabatan bstetriks &  Gynekologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    5. Oktober 1972 - June 1973
        Pegawai Perubatan di Jabatan Obstetriks & Gynekologi, Universiti Kebangsaan Malaysia

     6. Oktober 1972 - June 1973
        Pegawai Perubatan di Jabatan Obstetriks & Gynekologi , University Hospital , Petaling Jaya.

    7. Julai 1973 - Jan 1974
        Pegawai Perubatan di
Jabatan of Urologi& Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur.

    8.  Februari 1974 -  Januari 1976
        Registrar di Jabatan Obstetriks and Gynekologi Southampton Universiti, England

   9. Disember 1975
       Menghadiri kursus 2 minggu dalam Obstetriks &  Gynekologi oleh Institut of Obstetriks, Queen Charlotte Hospital, London        United Kingdom.

  10. Januari 1976
        Lulus peperiksaan MRCOG di London, United Kingdom.

  11. Februari 1976
        Pulang ke Malaysia dan bekerja sebagai Pensyarah di Jabatan Obstetriks & Gynekologi, Universiti  Kebangsaan Malaysia

  12. November 1978
         Bertugas sebagai 'Director of Specialist & Reproductive  Research Centre' National Family Planning Board (NFPB), Malaysia

  13. Januari 1979
         Profesor Madya di Jabatan  Obstetriks & Gynekologi

  14. Mei 1983
        Profesor di Jabatan Obstetriks & Gynekologi University  Kebangsaan Malaysia

  15. Februari 1985 - Februari 1989
        Ketua Pengarah di National Population and Family  Development Board Malaysia.

  16. February 1989 - sehingga kini
       Konsultan Obstetrik & G
ynekologi di Pantai Medical Centre serta Klinik Dr. Hamid Arshat, Plaza Damansara,  
 

atas

Temujanji

Untuk temujanji di klinik Dr. Hamid Arshat sila telefon nombor 03-20945800 / 03-20941115 / 03-20945262.
Masa urusan dari 9:00 sehingga 5:00, Isnin sampai Jumaat.
Sabtu 9:00 hingga 1:00.
Tutup untuk hari Ahad dan cuti-cuti am.
(Hari  Isnin, Selasa, Rabu hari dikhususkan untuk temu-janji pembedahan).

atas

Kursus Penyembuhan Prana

Tasbih Karomah

Pancarkan Aura Pengasihan